GTR Burger mengumumkan akan menarik diri daripada menjadi rakan strategik kepada kelab bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Pemiliknya, Nordin Mat memaklumkan perkara tersebut selepas jenama itu menaja Sang Kenari dalam tempoh kira-kira tiga bulan.
Nordin pada masa sama membuat permohonan maaf kepada para penyokong KDA FC kerana terpaksa membuat keputusan sedemikian.
BACA LAGI: Bekas Speaker DUN Perak meninggal dunia pada usia 74 tahun
BACA LAGI: Mayat tertiarap tepi sungai di Besut rupanya tinggal sendirian di masjid kerana kesempitan hidup
Pihak GTR Burger yang bertemu dengan Mohd Daud (kanan). — Facebook/GTR Burger
Menurutnya, GTR Burger tidak akan menjadi rakan strategik kelab terbabit bermula Rabu.
"Salam buat semua penyokong KDA FC yang saya hormati. Saya telah menemui pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan memaklumkan GTR Burger akan menarik diri sebagai rakan strategik KDA FC mulai hari ini (Rabu).
"Saya juga memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua atas segala kesulitan yang berlaku dan mendoakan KDA FC akan terus maju jaya pada masa hadapan," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Rabu.
Nordin juga tidak menyatakan sebarang punca kepada penarikan tersebut.
Namun, sebelum ini, GTR Burger menerima kritikan hebat daripada penonton ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2024 pada Jumaat lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram