Tak ambil dos penggalak, guru terkejut kena tindakan tatatertib


  • Massa
  • Rabu, 24 Jul 2024

Guru tersebut perlu mengemukan surat bukti bahawa dia sudah mendapatkan dos penggalak. — Gambar Hiasan

SEORANG guru tidak berpuas hati apabila dikenakan tindakan tatatertib gara-gara didakwa tidak mengambil dos penggalak.

Luahan guru itu dinyatakan dalam kumpulan Facebook Kami Guru Malaysia (KGM) selepas pihak sekolah mengenakan tindakan terhadapnya.

Tindakan sekolah itu menimbulkan persoalan terhadap guru tersebut yang mengakui dia sudah mengikuti syarat ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

BACA LAGI: Badan Peguam Malaysia fail rayuan, cabar kes Yayasan Akalbudi babitkan Ahmad Zahid

BACA LAGI: Bekalan air dijangka 90% pulih pada Khamis — Air Selangor

WhatsApp Image 2024-07-24 at 3.31.24 PM

Luahan yang dikongsikan guru itu.

"Saya ada pertanyaan berkenaan tindakan tatatertib bagi penjawat awam yang tidak mendapatkan dos penggalak.

"Saya telah mengambil dua dos vaksin Sinovac dan saya tidak mengambil dos penggalak.

"Vaksin ini semua saya ambil sebelum berkhidmat dalam sektor kerajaan, semasa saya masuk pihak KPM memberi syarat sekurang-kurangnya dua dos vaksin sahaja," katanya.

WhatsApp Image 2024-07-24 at 3.31.26 PM

Pihak sekolah turut mengarahkan agar guru itu mengemukan surat bukti sudah mendapatkan dos penggalak.

Guru tersebut juga perlu mengemukan surat bukti bahawa dia sudah mendapatkan dos penggalak.

"Tiba-tiba pihak sekolah telefon saya mengatakan yang saya dikenakan tindakan tatatertib disebabkan tidak mengambil dos penggalak.

"Saya juga perlu mengemuka surat tunjuk sebab atas perkara tersebut.

"Adakah tindakan ini wajar? Ada sahabat-sahabat yang lain sama nasib dengan saya ke?" soalnya.

Dalam pada itu, Majoriti telah pun menghubungi pihak KPM dan kini sedang menunggu maklum balas mengenai isu yang berbangkit itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram