'Caddy' wanita cedera teruk dipercayai terkena bola golf


  • Tular
  • Sabtu, 13 Jul 2024

Mangsa wanita yang cedera parah dipercayai terkena bola golf pada Sabtu.

SEORANG wanita yang bertugas sebagai 'caddy' cedera parah dipercayai terkena bola golf ketika sedang melakukan aktiviti tersebut pada Sabtu.

Berdasarkan maklumat dikongsikan orang awam menerusi aplikasi WhatsApp, mangsa dilihat terbaring di atas jalan dengan kesan darah di kepalanya.

Menurut informasi tersebut, mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

BACA LAGI: Protes keluar Dewan ketika persidangan Parlimen budaya politik tak sihat

BACA LAGI: Enam MP bekas ahli BERSATU jadi wakil rakyat Bebas, kedudukan dalam Dewan Rakyat ditentukan Speaker

msg1050426791-19033

Mangsa wanita yang dikatakan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu.

"Mangsa kena X-ray sebab luka dalam sekarang ni," katanya.

Identiti sebenar mangsa bagaimanapun belum dikenal pasti setakat ini.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada kenyataan dikeluarkan berhubung ejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram