PENAJA kelab bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC, GTR Burger mengakui bahawa terdapat kekurangan terhadap makanan yang dijual selepas menerima kritikan daripada penonton perlawanan separuh akhir Piala FA 2024 pada Jumaat.
Menerusi hantaran dikongsikan pengguna akaun Facebook Danie Kincaid sebelum ini, kualiti burger yang dijual jenama tersebut tidak berbaloi dengan harganya.
Pemilik GTR Burger, Nordin Mat bagaimanapun tampil menjelaskan dakwaan tersebut dengan lebih terperinci yang mengambil kira jumlah kos keseluruhan termasuk bayaran untuk KDA FC.
BACA LAGI: [VIDEO] Semua benda nak dijual, makcik kantin 'sound' guru koperasi
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Proton Wira terperosok bawah treler di Ulu Tiram meninggal dunia pada Jumaat
Hantaran yang dimuat naik pengguna tersebut.
Nordin memaklumkan, pihaknya akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan pada produknya kelak.
Namun, katanya, disebabkan kekangan harga dan kos yang tinggi, pihaknya hanya mampu menggunakan daging burger biasa sambil menambah separuh hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada kelab yang ditajanya.
"Bagi tuan yang rasa harga RM10 untuk set burger dan air tidak berbaloi, walaupun burger yang kami sediakan lengkap dengan sayur, sos dan mayones (tidak sama dengan burger stadium) cuba tuan perhatikan kos kami yang sebenarnya.
"RM5 bayaran burger yang lengkap di bayar kepada usahawan GTR yang sediakannya dengan kos logistik yang sangat tinggi untuk sediakan khemah dan peralatan di stadium, dua hari kerja ni selama lebih 24 jam.
"RM1 untuk sediakan minuman air karbonat berjenama, cawan dan ais batu dan upah pekerja yang perlu lakukan dari pukul 2 petang lagi. RM1 sediakan tenaga pekerja di stadium bagi urusan jual beli sejak pukul 2 sebelum perlawanan.
"RM2 bayaran kepada pihak KDA FC yang akan dibayar selepas setiap perlawanan. RM1 mungkin ada sedikit keuntungan kepada pihak GTR dan harus diingat ia juga bergantung jika ada burger yang tak habis dijual atau basah dan rosak terkena hujan akan ditanggung rugi oleh pihak Head Quarters (HQ)," tulisnya di Facebook pada Sabtu.
Perbandingan kualiti burger yang dijual ketika di Stadium Likas, Sabah. — Facebook/GTR Burger
Menurutnya lagi, pihaknya juga perlu mengeluarkan kos sebanyak RM50,000 tunai sebagai komitmen rakan startegik GTR untuk dibayar kepada pihak kelab terbabit.
Nordin pada masa sama memohon maaf serta menawarkan peluang kepada individu terbabit menguruskan perniagaan burger di stadium ketika perlawanan kelab itu berlangsung.
"Saya ingin tawarkan tuan harga RM8.00 sebiji burger dan air karbonat, baki RM2.00 lagi bayar kepada kelab KDA juga. Saya tak ambik apa apa untung pun tak apa. Tuan boleh panggil mana-mana pasukan tuan untuk uruskannya dari awal sampai habis," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram