Bekas Speaker DUN Perak meninggal dunia pada usia 74 tahun


  • Primer
  • Khamis, 25 Jul 2024

Datuk Mat Isa Ismail yang meninggal dunia pada usia 74 tahun. — The Star

BEKAS Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mat Isa Ismail, 74, meninggal dunia pada petang Rabu.

Perkhabaran tersebut dikongsikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Facebooknya.

"Mendapat berita sedih bekas Speaker DUN Perak meninggal dunia, al-Fatihah.

"Semoga ALLAH SWT mengampuni dosa-dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh. Semoga keluarga beliau terus tabah dalam masa sukar ini," tulisnya.

BACA LAGI: Mayat tertiarap tepi sungai di Besut rupanya tinggal sendirian di masjid kerana kesempitan hidup

BACA LAGI: Rundingan gencatan senjata Gaza di peringkat akhir, masih ada beberapa isu perlu diselesaikan — AS

6129703799762304980

Orang ramai yang turut hadir di pengebumian. — Facebook

Saarani turut berkongsi gambar beliau yang sedang menunaikan solat serta menghadiri pengebumian Allahyarham.

Untuk rekod, arwah Mat Isa merupakan bekas setiausaha sulit kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1993 hingga 1995 dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Changkat Jering selama tiga penggal dari 1997 hingga 2008.

Beliau juga merupakan Ketua Umno Bukit Gantang dari 2001 hingga 2003 dan dipilih sebagai Speaker DUN Perak untuk satu penggal sejak 2004. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram