Selangor perlu sabar, rekod Nidzam sinarkan Felda bukan omong kosong


  • Podium
  • Selasa, 23 Jul 2024

Nidzam (atas) menerima sambutan seakan-akan wira selepas membantu Felda United pada hari terakhir liga. — Facebook/MFL

PERMULAAN agak sukar dialami Nidzam Jamil dalam karier kejurulatihannnya bersama Selangor FC apabila mereka bergelut setiap kali bertandang ke gelanggang lawan.

Kekalahan kepada Kuching City FC di Stadium Negeri, Sarawak dan ditewaskan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu dalam saingan Piala FA merupakan keputusan sukar diterima setakat ini.

Lebih mengecewakan lagi, skuad Gergasi Merah turut dimalukan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam aksi Liga Super di tempat lawan meskipun seteru Lembah Klang mereka itu berdepan masalah gaji yang serius.

BACA LAGI: 'Kawal emosi', Nidzam ingatkan pemain Selangor FC 'belajar' terima keputusan pengadil

BACA LAGI: Alvin Fortes tidak beritahu dia terlalu terbeban — Nidzam Jamil

2731932

Permulaan agak berliku dialami Nidzam Jamil bersama skuad Gergasi Merah. Facebook/Selangor FC

Jadi, dengan harapan tinggi diletakkan di bahu Selangor FC musim ini, sudah mula kedengaran desakan untuk menyaksikan jurulatih berusia 44 tahun tersebut digugurkan.

Bagaimanapun, sesetengah penyokong kelab tersebut yakin sentuhan Nidzam akan membuahkan hasil pada penghujung musim, terutamanya dalam misi melayakkan diri ke pentas Asia buat tahun kedua berturut-turut.

Ini kerana mereka berasakan pengendali dari Kajang, Selangor tersebut pernah membuktikan kebolehannya dalam tahun debut sebagai jurulatih Liga Super semasa bersama Felda United.

Dia yang diberikan kepercayaan penuh pada 2019 selepas menggalas tugas sebagai pembantu sepanjang dua musim sebelumnya berjaya membawa impak positif.

Under my watchful eyes ....Felda United coach Nidzam Jamil overseeing the Fighters - credit FB Felda United FC.

Nidzam berjaya menyelamatkan Felda United daripada tersingkir ke Liga Perdana.

Meskipun tidak memiliki skuad yang baik, Nidzam berjaya mengelak skuad Felda Fighters daripada tergelincir ke divisyen kedua menerusi kemenangan bergaya ke atas Kedah FA pada hari terakhir musim.

Perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak, Pahang itu menyaksikan Felda United beraksi cukup cemerlang sehingga berjaya menundukkan pasukan lawan dengan keputusan 5-1.

Kemenangan berkenaan sekali gus meletakkan skuad bimbingan Nidzam di tangga ke-10 Liga Super dengan kelebihan tiga mata berbanding PKNP.

Pencapaian itu membuktikan sikap optimis yang diterapkan jurulatih muda berkenaan pada awal musim bukan sekadar angan-angan kosong buat penyokong.

3-2-678x381

Felda United mencipta kejutan ke atas Kedah FA dalam aksi penutup Liga Super 2019. Facebook/MFL

Kata-kata tersebut diungkapkan ketika Felda United berada di zon penyingkiran, namun Nidzam yakin akan kebolehan anak-anak buahnya, termasuk yang baru sahaja pulang dari kecederaan.

Kepercayaan buat jurulatih berkenaan diteruskan pada musim berikutnya sebelum gelombang wabak Covid-19 membuatkan aksi Liga Super terhenti buat sementara waktu.

Jadi, sekiranya Selangor FC dapat memberikan tempoh secukupnya buat Nidzam, dia sudah tentu dapat membawa pasukan itu ke tahap seperti mana diharapkan.

Bagaimanapun, cabaran besar dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL)2 akan mendesak pengendali itu supaya bersiap sedia dalam memastikan kemenangan demi kemenangan dapat dicatatkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram