Alvin Fortes tidak beritahu dia terlalu terbeban — Nidzam Jamil


  • Podium
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Fortes (kiri) masih tercari-cari rentak bersama Gergasi Merah musim ini. — Facebook/SelangorFC

PRESTASI penyerang sayap import Selangor FC, Alvin Fortes masih belum memuaskan hati sesetengah pihak sehingga ada penyokong membuat andaian bahawa pemain berkenaan berasa terlalu terbeban dengan posisinya setakat ini.

Fortes yang beraksi sebagai pemain sayap kanan dan memainkan peranan untuk menjadi perancang serangan pasukan masih belum membuktikan kualitinya dari segi statistik perlawanan.

Dalam empat perlawanan termasuk satu aksi Piala FA pemain berusia 30 tahun itu diturunkan, Fortes hanya mencetak dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Negeri Sembilan FC bagi pusingan 16 Piala FA.

BACA LAGI: Peka ancaman Selangor FC di MBPJ, Jordan Mintah dedah Kuching City layak ke semifinal Piala FA

BACA LAGI: Ada cara untuk Sabah bangkit, pengalaman Selangor boleh kecewakan Kuching City — Irfan Bakti

Sebelumnya, Fortes diangkat sebagai antara rekrut terbaik pasukan susulan menjadi watak utama ketika kelabnya menundukkan lawan dari Brunei, DPMM FC dengan menjaringkan dua gol dalam aksi Selangor Asia Challenge 2024 (SAC2024).

Bercakap mengenai keadaan Fortes itu, ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil tidak merasa terlalu terbeban dengan peranan berkenaan dan yakin pemain antarabanbgsa Cape Varde itu mampu membantu Selangor FC.

"Saya tak rasa dia (Fortes) terbeban sebagai perancang pasukan. Dia pemain berumur 30 tahun, dia tahu jangkaan daripada kita, jangkaan rakan sepasukan, jangkaan jurulatih dan peminat. Sebagai pemain yang dah matang dan dah lama bermain dalam liga.

"Dia tidak pernah beritahu dia terbeban. Cuma, kita tetap akan sokong dan menyediakan satu pelan untuk mengurangkan bebanan. Dia ada kemahiran. Jika boleh guna kemahiran itu sepenuhnya semua akan dalam situasi menang-menang," katanya.

449364117_990502376414824_1612759467990396967_n

Nidzam yakin anak-anak buahnya mampu meraih kemenangan menentang Kuching esok. — Facebook/SelangorFC

Dalam perkembangan berbeza, Nidzam juga sempat berkongsi persediaan mereka dalam aksi menentang Kuching City FC bagi saingan kedua suku akhir Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya pada Sabtu ini.

Nidzam berkata, anak-anak buahnya tidak terlalu terbawa-bawa dengan kekalahan 1-2 pada aksi pertama namun sebaliknya sudah bersiap sedia untuk memberi kegembiraan kepada penyokong Gergasi Merah.

Kuching City memecahkan rekod tanpa kalah Selangor apabila menjadi pasukan pertama menewaskan Gergasi Merah selepas jaringan James Okwuosa dan Jordan Mintah membantu menang 2-1.

fans

Sebahagian pemain Selangor ketika latihan persiapan menentang Kuching City pada Sabtu. — Facebook/SelangorFC

"Saya rasa semua pemain ambil pendekatan positif sebab ini adalah Piaka FA, sentiasa ada peluang untuk tebus kekalahan ini. Saya tak kata kekalahan ini mengejut dan dijangka.

"Saya cuma katakan kekalahan ini membantu kita refleks banyak benda seperti persiapan Banyak benda kita belajar di perlawanan away, paling penting kita ada home game untuk balas dendam.

"Kuching City kejutkan Kuala Lumpur (KL) City FC. Kuching, memang akan kejutkan kita. Samada ada kita nak biarkan atau lawan pada minggu ini. Semua dalam keadaan terkawal dan semua pandang ke depan.

Kita akan ada beberapa pertukaran, ini bola sepak kita tidak mahu terbawa-bawa dengan perasaan kecewa. Hari Sabtu ini, penyokong di belakang kita, ada padang yang bagus, keluarga menyokong dan paling penting bermain di rumah sendiri," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram