SEMANGAT juang tonggak tengah Selangor FC, Noor Rawabdeh wajar mendapat pujian apabila bangkit meledak gol buat Gergasi Merah walaupun selepas mengalami insiden berdarah pada separuh masa pertama menentang Terengganu FC (TFC) pada Jumaat lepas.
Rawabdeh mengalami kecederaan di kepalanya pusingan pertama separuh akhir pertama Piala FA yang menyaksikan Gergasi Merah tewas tipis di tangan skuad Sang Penyu dengan keputusan 2-3 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.
Kecederaan menimpa Rawabdeh berlaku pada minit ke-14 permainan yang menyaksikan import Jordan berkenaan mengalami pendarahan di kepalanya susulan pelanggaran bersama bek Terengganu, Safwan Mazlan.
BACA LAGI: [VIDEO] Liga M bukan tahap 'The Engineer', Selangor sedia kehilangan Noor Rawabdeh
BACA LAGI: Dah sampai masa beri pendedahan', Adib Raop jadi modal penyokong banding dengan Akhyar Rashid
Kepala penuh balutan ekoran kecederaan separuh masa pertama bagaimanapun tidak menghalang Rawabdeh hadir membuat gol penyamaan buat pasukan kendalian Nidzam Jamil hasil gerakan daripada Fortes dan Ronnie Fernandez.
Memetik laporan dari media tempatan, pengendali Gergasi Merah iaitu Nidzam Jamil bahawa Rawabdeh sepatutnya perlu menerima lima jahitan ketika separuh masa kedua, tetapi dia tetap ingin membantu pasukan.
Selepas dua hari kejadian berdarah menimpa pemain berusia 27 tahun itu, Rawabdeh akhirnya tampil berkongsi perkembangan terkini mengenai kecederaannya selepas ada pihak mendakwa ia hanyalah kecederaan ringan.
"Saya berterima kasih kepada semua orang yang bertanya mengenai keadaan saya. Alhamdulillah saya lebih baik sekarang tetapi sesetengah orang menghantar mesej yang tidak baik dan menganggap saya menipu mengenai kecederaan ini.
"Mereka juga melihat ia hanyalah luka kecil tetapi saya akan berkongsi foto luka selepas hantaran ini supaya mereka sekurang-kurangnya boleh berhenti menghantar mesej kepada saya," katanya menerusi Insta Story pada Ahad.
Tangkap layar keadaan terkini Rawabdeh.
Jika dilihat dari semangat juang yang dipamerkan oleh pemain kebangsaan Jordan itu, Rawabdeh pasti masih boleh diturunkan dalam perlawanan Liga Super menentang Penang pada Sabtu nanti.
Pemain dengan jolokan 'The Enginner' tersebut merupakan watak utama bahagian tengah Selangor sejak musim lepas dengan boleh memainkan peranan sebagai pemain nombor enam (defensive playmaker) atau lapan (deep-lying playmaker). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram