OLYMPIQUE De Marseille menandatangani penyerang Manchester United, Mason Greenwood walaupun mendapat bantahan sebahagian penyokong kelab Ligue 1 tersebut susulan kes rogol pernah menghantuinya.
Pemain berusia 22 tahun yang hanya mempunyai satu kap bersama England itu digantung pada Januari 2022 oleh Manchester United selepas pemain itu berdepan dakwaan cuba merogol dan menyerang secara seksual, namun kes digugurkan pada Februari 2023.
Susulan kes berkenaan, Greenwood dipinjamkan ke kelab La Liga, Getafe sepanjang musim lalu bagi memberinya mendapatkan minit permainan untuk mengekalkan prestasinya sebagai pemain bola sepak.
BACA LAGI: Selangor rugi jika biar 2 kelab Pantai Timur sambar penyerang muda berbisa dari Jepun
BACA LAGI: Hariss Harun kembali ke SSI, kali ini pegang watak 'antagonis'
Greenwood menjaringkan 10 gol dalam 36 penampilan untuk Getafe musim lalu.
"Olympique de Marseille dengan sukacita mengumumkan yang kami menandatangani Mason Greenwood dari Manchester United. Pemain itu menyertai kelab selepas lulus pemeriksaan kesihatan," kata kelab itu.
Marseille langsung tidak menyentuh berkenaan kes Greenwood dalam kenyataan itu, sebaliknya menggambarkan pemain terbabit sebagai bakat luar biasa dan permata England.
Kelab yang berada di tangga kelapan Ligue 1 musim lalu itu akan memberikan jersi nombor 10 kepada Greenwood, tetapi tidak mendedahkan tempoh dan nilai kontrak ditawarkan.
Greenwood tersenarai sebagai salah seorang ‘Golden Boy 2020’.
Greenwood membuat penampilan sulung untuk Manchester United pada usia 17 tahun 156 hari dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah 2019 dan kali pertama beraksi di Liga Perdana Inggeris empat hari kemudian.
Pemain yang dilabel sebagai wonderkid Man United berkenaan menjaringkan 35 gol dalam 129 penampilan untuk United tetapi tidak beraksi untuk saingan liga bersama kelab sejak Januari 2022.
Penyerang berkenaan tiba Marseille sehari selepas Pierre-Emerick Aubameyang, pemain Gabon yang menjadi penjaring terbanyak kelab musim lalu, meninggalkan pasukan itu secara rasmi.
Fakta menarik mengenai Greenwood, pemain berkenaan pernah tersenari sebagai salah sebagai salah seorang ‘Golden Boy 2020’ oleh sebuah media terkenal 433 bersama pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram