Selangor rugi jika biar 2 kelab Pantai Timur sambar penyerang muda berbisa dari Jepun


  • Podium
  • Jumaat, 01 Dis 2023

Seia Kunori (depan) menjaringkan 21 gol daripada 23 penampilan liga bersama-sama Albirex Nigata. — Agensi

MASA sudah semakin hampir untuk saingan Liga Super melabuhkan tirainya. Maka dengan itu, ada juga pasukan sedang bersedia menyiapkan skuad untuk musim depan.

Satu nama yang menjadi tumpuan adalah pemain kelab Singapura iaitu Albirex Nigata, Seia Kunori. Bintang muda Jepun itu mencuri tumpuan menerusi persembahan cemerlangnya bersama pasukan tersebut.

Pemain berusia 22 tahun tersebut mencuri tumpuan apabila begitu tajam di depan gol. Dalam saingan S-League, dia menghasilkan 21 gol dan 12 bantuan jaringan dalam 23 penampilan.

Rekod baik itu diteruskan apabila Kunori menjaringkan tiga gol dalam lima penampilan ketika menyertai Singapore Cup dan Singapore Community Shield.

Persembahan cemerlang Kunori membolehkan dia merangkul gelaran pemain muda terbaik di S-League serta menyertai kesebelasan terbaik liga untuk musim 2023.

Menurut Deepanraj Ganesan, wartawan akhbar Singapura, The Straits Times mendedahkan Kunori kini diburu oleh pasukan Liga Super untuk musim hadapan. Tapi kelab yang mana satu?

deppan

Ciapan wartawan Singapura, Deepanraj Ganesan mengatakan ada kelab Malaysia sedang memburu Kunori. — Twitter (X)/@deeppaann

Analisis ringkas Majoriti akan memberikan tiga nama kelab yang mungkin dalam usaha untuk mendapatkan penyerang tajam dari Jepun ini:

Sri Pahang FC

Destinasi pertama yang boleh dituju oleh Kunori adalah bersama-sama Sri Pahang FC di Pantai TImur.

Sri Pahang yang mengalami masalah dari segi prestasi mungkin boleh mengubati perkara tersebut dengan mendapatkan Kunori. Dengan faktor Fandi Ahmad di sana, dia mungkin boleh menggunakan connection terhadap negara kelahirannya bagi mendapatkan penyerang itu.

Jika Sri Pahang berhasil mendapatkan Kunori, pasti ia memberikan peluang untuk Tok Gajah kembali bersaing dengan lebih hebat dalam saingan Liga Super musim depan.

Tapi, adakah mereka mempunyai dana yang cukup untuk bawa Kunori ke Stadium Darul Makmur, Kuantan? Pasti modalnya 'keras' untuk membawanya.

アートボード_12

Kunori sentiasa memberikan persembahan cemerlang di Singapura. — Agensi

Selangor FC

Selangor boleh dilihat sebagai calon terbaik untuk membawa masuk pemain kelahiran Jepun ini.

Dengan desas-desus mengatakan penyerang utama mereka iaitu Ayron del Valle bakal meninggalkan Gergasi Merah. Selangor harus pantas mencari penggempur baharu supaya dapat mengisi kekosongan ditinggalkan pemain Colombia itu.

Kunori menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh Selangor kerana usianya. Kelab Lembah Klang ini gemar mendapatkan pemain muda ke dalam skuad baik tempatan atau import. Sebagai contoh, Hein Htet Aung dan Alex Agyarkwa.

Jika ketajaman Kunori di Singapura boleh diterjemah dalam saingan Liga Super, pastinya pemain tersebut akan menjadi aset penting buat Gergasi Merah.

404401781_840508958080834_2736749082220107064_n

Ayron dijangka tinggalkan Selangor pada akhir musim ini. — Facebook/Selangor FC

Kelantan United FC

Kelantan United mungkin antara beberapa kelab Liga Super yang boleh dikaitkan dengan perpindahan Kunori ke Malaysia.

Mereka baru saja kehilangan penyerang import dari Filipina iaitu OJ Porteria yang memilih menamatkan kontraknya lebih awal dan berpindah ke Indonesia.

KOTA BHARU, 2 Jun -- Pemain pasukan Kelantan United FC Jose Elmer Porteria (kiri) meraikan jaringan gol kedua perlawanan pasukan pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam ini.Keputusan perlawanan separuh masa pertama Kelantan United FC 2-0 Kelantan FC.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Porteria (kiri) meninggalkan Kelantan United untuk ke Indonesia. — Bernama

Pastinya Sang Kijang Hijau mahu mendapatkan penyerang baharu bagi memastikan mereka terus tajam di depan pintu gol lawan selepas musim ini tumpul dan tidak bermaya.

Mungkin Kelantan United adalah destinasi wildcard untuk Kunori jika dia mahu beraksi di Malaysia. Pasti sukar untuk mereka dapatkan pemain sehebat dia jika ada kelab besar cuba masuk line. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram