Kemenangan SRG mula pengaruhi JDT bina empayar di kancah MPL?


  • eSports
  • Selasa, 23 Jul 2024

Kemenangan dicatatkan ke atas Falcons AP Bren Sport mengesahkan kejayaan Selangor Red Giants. — Instagram/yoodoredgiants

KIRA-KIRA sudah seminggu Selangor Red Giants (SRG) merangkul kejuaraan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, namun sehingga kini, kemenangan pasukan itu masih meniti di bibir komuniti esports tanah ar.

Siapa sangka, pasukan berpangkalan di Lembah Klang itu berhasil menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa esports selepas menumbangkan Filipina Falcpons AP Bren Sport 4-3 pada Ahad.

Kemenangan ini juga menandakan rekod 107 perlawanan tanpa kalah SRG dalam kedua-dua pertandingan domestik dan antarabangsa, mengukuhkan reputasi mereka sebagai kuasa yang menggerunkan dalam arena esports.

BACA LAGI: Selangor Red Giants kecapi gelaran dunia, dapat pujian melambung PM Anwar, MB Selangor

BACA LAGI: Kekurangan tak halang Syakz mahir MLBB, harumkan nama negara di Asia Tenggara

Kejayaan SRG di saingan MSC MLBB itu menyaksikan pasukan bimbingan Michael Angelo Bacado berkenaan berhasil membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah ASD1juta (RM4.7 juta).

Paling penting, kemanisan yang diraih oleh pasukan Lembah Klang itu juga membuka mata rakyat tanah air bahawa esports mampu menjadi salah satu medium untuk menaikkan lagi nilai komersial.

Oleh itu, tidak hairan jika sudah ada khabar angin mengatakan bahawa kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) dikatakan ingin membina empayar dalam saingan Liga Profesional MLBB Malaysia (MPL).

Penyertaan JDT ke dunia MLBB boleh dianggap satu pelaburan yang berbaloi buat kelab berkenaan lagi-lagi jika melihat kepada wang kemenangan diraih jika bergelar juara dunia seperti SRG.

WhatsApp Image 2024-07-23 at 15.58.47

JDT dikhabarkan akan menyertai MPL musim depan.

Jika dibandingkan wang kemenangan dengan Liga Super yang menyaksikan Harimau Selatan meraih wang berjumlah RM1.9 juta, pertandingan MSC MLBB pula menawarkan RM4.7 juta untuk juara.

Penglibatan JDT dalam dunia esports bukan sesuatu yang baharu susulan kelab berpangkalan di Selatan tanah air itu mempunyai pasukan untuk permainan video FIFA ataupun kini lebih dikenali sebagai EA Sports FC iaitu JDT|GBX Esports.

JDT|GBX Esports antara pasukan berpengaruh Malaysia apabila berjaya melayakkan diri dalam kejohanan tertinggi FIFA iaitu FIFAe Club World Cup 2023 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Julai 2023.

Dengan pengalaman pernah menguruskan pasukan esports, pasti tiada masalah untuk JDT membina nama baharu di pentas MLBB dan ramai penggemar serta penggiat esport juga teruja dengan khabar angin ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram