[VIDEO] Tahniah Selangor Red Giants banggakan Malaysia — Faisal Halim


  • eSports
  • Ahad, 14 Jul 2024

Tangkap layar video ucapan Faisal buat SRG yang akan bersaing di pentas akhir Mid Season Cup 2024 MLBB 2024, Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.

KEMARAAN wakil tunggal Malaysia, Selangor Red Giants (SRG) ke pentas akhir Mid Season Cup 2024 (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, Riyadh, Arab Saudi pada Ahad turut mendapat perhatian pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim.

Menerusi satu video pendek di Instagram, Faisal berkongsikan ucapan tahniah atas sejarah dicipta SRG yang berjaya melangkah ke pusingan akhir selepas menewaskan lawan dari Singapura NIP Flash 3-0 dalam pusingan separuh akhir pada Sabtu.

BACA LAGI: PN makin bergolak menjelang PRK DUN Nenggiri?

BACA LAGI: Protes keluar Dewan ketika persidangan Parlimen budaya politik tak sihat

"Kepada SRG, saya ingin ucapkan selamat berjaya kepada anda semua kerana mara ke final Mid Season Cup 2024 (MSC) 2024.

"Selamat berjaya SRG, banggakan Selangor dan banggakan Malaysia," katanya menerusi klip dikongsikan di laman Instagram.

Dalam aksi final pada Ahad, wakil tunggal Malaysia itu muncul juara apabila menewaskan Team Falcons AP Bren Sport 4-3 sekali gus membolot wang tunai ASD1juta (RM4.7 juta). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram