'Dah sampai masa beri pendedahan', Adib Raop jadi modal penyokong banding dengan Akhyar Rashid


  • Podium
  • Rabu, 12 Jun 2024

Adib meraikan jaringan pertamanya bersama Harimau Malaya dalam penampilan debut menentang Chinese Taipei pada Selasa. — FAM

NAMA pemain muda meningkat naik, Adib Raop kini mula menjadi buah mulut orang ramai selepas menjaringkan gol debut untuk aksi pertamanya bersama Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam perlawanan itu, Adib menjaringkan gol di hujung babak permainan selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan Chinese Taipei pada minit 90+6 untuk menambah jaringan Harimau Malaya.

Pemain berusia 24 tahun itu masuk untuk menggantikan Akhyar Rashid pada minit ke-74 sekali gus memberikan nafas baharu buat barisan serangan Malaysia.

BACA LAGI: [VIDEO] Berang lawan dapat penalti, pemain amatur tampar muka pengadil lepas kena kad kuning

BACA LAGI: Syafiq, Quentin, Nik Shariff, Azrif Nasrulhaq 'anugerah pinjaman' kesayangan penyokong

Perlawanan berakhir dengan keputusan 3-1 hasil jaringan Safawi Rasid, Paulo Josue dan Adib Raop namun kemenangan itu gagal melayakkan Malaysia ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Walaupun tidak layak ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, rata-ratanya penyokong memberikan kredit dan membuat perbandingan antara pemain Penang itu dengan Akhyar.

Dalam media sosial, penyokong memuji tindakan anak jati Bagan Datuk, Perak itu yang lebih mahu mencari gol buat Harimau Malaya.

"Adib (Raop) dan Haqimi (Azeem) laju, Kim Pan-gon perlu berani gunakan bakat muda," kata Akim Muhammad.

"Pemain muda masuk baru nampak semangat nak menang, rebut bola, terus serang, tak ada nak 'gentel' bagi bola belakang," luah Faizal Yahya.

"Adib Raop (straight forward), Akhyar suka main 'gentel-gentel'," ujar Yusuf Zol.

"Sudah sampai masa pemain muda diberikan pendedahan di peringkat tertinggi, kita ada pelapis yang berkualiti sebenarnya seperti Haqimi dan Adib," jelas Ikram Dhani.

Namun di sebalik kemenangan itu, impian Harimau Malaya untuk mara ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mendapat tiket awal ke Piala Asia 2027 sudah terkubur walaupun berjaya menang 3-1 ke atas Chinese Taipei.

Kegagalan mencari jaringan besar menyaksikan skuad negara gagal mengatasi defisit gol pasukan di kedudukan kedua Kumpulan D, Kyrgyzstan dan kekurangan satu mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram