Teman wanita umum perpisahan, tak pasal-pasal 'spill' bekas kekasih bek Itali ke Arsenal


  • Podium
  • Ahad, 21 Jul 2024

Calafiori (berjersi nombor lima) beraksi sebagai kesebelasan utama Itali dalam pusingan Kumpulan B Euro 2024. — Instagram/Riccardo Calafiori

BEK tengah Itali, Riccardo Calafiori yang baru sahaja mempunyai kempen cemerlang dalam kejohanan Euro 2024 dilaporkan sudah selesai berhijrah ke pasukan baharu menjelang jendela perpindahan musim panas.

Sejak tampil sebagai tonggak utama di bahagian pertahanan skuad Gli Azzuri pada Euro baru-baru ini, pemain berusia 22 tahun berkenaan mendapat liputan meluas apabila gaya permainannya dikatakan mirip legenda Itali, Paolo Maldini.

Bukan itu sahaja, Calafiori turut mengharungi musim 2023/2024 dengan cemerlang bersama Serie A, Bologna apabila dia mendapat kepercayaan untuk tampil dalam 37 aksi bagi semua pertandingan dan membantu pasukannya layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama sejak 1964.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara bosan layan aksi England, penyokong campak cawan ke arah Southgate

BACA LAGI: Lepas Trent dikecam teruk, Southgate pilih bintang buangan Chelsea pula kemudi tengah England

Berkat persembahan cemerlang itu, Calafiori menarik minat pasukan seperti Liverpool, Chelsea dan Tottenham Hotspurs untuk menandatangani pemain berketinggian 1.88 meter itu tetapi akhirnya difahamkan sudah menyertai Arsenal.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berminat untuk menandatangani Calafiori dengan The Gunners dikatakan hampir memeterai perjanjian untuknya walaupun terdapat beberapa halangan yang mengancam untuk menggagalkan perpindahan itu.

Khabar angin mengatakan Arsenal dan Bologna telah menyelesaikan perjanjian bernilai €50 juta (RM255 juta) dengan syarat peribadi sudah dipersetujui oleh bek itu susulan Calafiori juga sangat berminat untuk berpindah ke Emirates.

Selepas beberapa hari masih menunggu pengesahan dari Arsenal, bekas teman wanita Calafiori iaitu Benedetta Boeme mengesahkan bahawa pemain itu secara rasmi akan menyarung jersi The Gunners.

WhatsApp Image 2024-07-21 at 15.44.07

Tangkap layar luahan daripada Boeme mengenai hubungannya dengan Calafiori.

Pengumuman itu secara tidak sengaja terselit pada hantaran penjelasan Boeme mengenai keretakan hubungannya bersama Calafiori susulan pemain itu didakwa curang dengan wanita lain.

Tular video menunjukkan Calafiori menghadiri sebuah parti bersama wanita lain. Video berkenaan menyebabkan bekas teman wanita yang juga model itu untuk tampil memberikan penjelasan mengenai hubungan mereka.

Dalam pada itu, apabila perpindahan diumumkan secara rasmi, Calafiori akan menjadi pemain kedua Arsenal pada musim panas selepas pembelian tetap David Raya sebagai penjaga gol utama mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram