[VIDEO] Gara-gara bosan layan aksi England, penyokong campak cawan ke arah Southgate


  • Podium
  • Rabu, 26 Jun 2024

Tindakan itu difahamkan berlaku sebagai tanda protes terhadap taktikal Southgate. — Agensi

PERSATUAN Bola Sepak England FA berpotensi menerima hukuman berbentuk denda selepas penyokong skuad The Three Lions membaling cawan plastik berisi bir ke arah Gareth Southgate.

Kejadian berlaku apabila pengendali England dan para pemainnya sedang memuji semangat penyokong England yang hadir menyokong aksi menentang Slovenia dengan perlawanan berakhir seri 0-0 di Cologne, Jerman.

Sementara skuad England sedang bertepuk tangan terhadap sokongan peminat, sesetengah penyokong pula mengejek dan membaling cawan bir plastik ke arah pengendali tersebut.

BACA LAGI: Luka Modric gagal tahan sebak gagal bawa Croatia mara lebih jauh

BACA LAGI: Lepas Trent dikecam teruk, Southgate pilih bintang buangan Chelsea pula kemudi tengah England

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dijangka mengambil serius mengenai insiden itu dengan pastinya akan memberi hukuman kepada FA England.

Insiden sebelumnya telah menyaksikan Albania didenda lebih daripada 12,000 euro (RM60,500) kerana membaling objek pada perlawanan mereka dengan menentang Itali yang berakhir dengan keputusan 1-2 pada 16 Jun lalu.

Manakala Scotland dikenakan penalti lebih daripada 5,000 euro (RM25,288) apabila didakwa melakukan kesalahan yang sama selepas pasukan itu tewas 1-5 di tangan skuad tuan rumah, Jerman.

Dalam pada itu, rakaman yang diambil sejurus selepas permainan itu menunjukkan cawan berkenaan dilempar kepada Southgate oleh penyokong yang berang susulan perlawanan berakhir dengan keputusan seri itu.

Beberapa penyokong England turut dikenal pasti membuat isyarat tangan yang tidak senonoh dan menjerit kepada jurulatih. Tindakan itu difahamkan berlaku sebagai tanda protes terhadap taktikal Southgate.

Ia adalah satu lagi malam yang menjengkelkan bagi England kerana memenuhi potensi mereka menentang Slovenia lagi-lagi pasukan itu berada di ranking ke-57 dunia berbanding The Three Lions menghuni kedudukan kelima.

Bagaimanapun, pasukan The Three Lions kekal mengungguli Kumpulan C dengan mengumpul lima mata. Kini, England masih menunggu lawan mereka bagi saingan pusingan 16 nanti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram