Isu dadah lagi penting dari kontroversi jaket atlet Olimpik — PM Thailand


  • Massa
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Srettha mempertahankan rekaan itu dengan menyatakan bahawa rakyat perlu menghormati pereka baju itu. — Agensi

ISU kontroversi jaket atlet Olimpik Thailand yang mencetuskan rasa tidak puas netizen di media sosial mendorong Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, campur tangan dalam isu berkenaan.

Kebanyakkan netizen tidak berpuas hati dan berpandangan bahawa jaket biru yang tular di media sosial itu jauh lebih buruk dan kurang menarik berbanding dengan pakaian Olimpik negara lain.

Menurut laporan Bangkok Post, jaket itu bakal dipakai oleh atlet Thailand pada acara perasmian di Paris, pada 26 Julai itu telah diperkenalkan dalam talian semalam dan hangat diperdebatkan di media sosial.

BACA LAGI: Jantung The Pocket Rocketman dijaga rapi pakar sepanjang Olimpik Paris 2024

BACA LAGI: Skuad Olimpik akan sarung baju rekaan Rizman Ruzaini

Netizen menggesa pereka jaket berkenaan agar mengubah rekaan baju itu supaya lebih sesuai dengan tema Olimpik yang hanya berlangsung sekali setiap empat tahun.

Namun, Srettha mempertahankan rekaan itu dengan menyatakan bahawa rakyat perlu menghormati pereka baju itu.

8FC8E774-9BD3-4B06-BAF1-E846DB56982E-L0-001

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, terpaksa campur tangan dalam isu jaket atlet Olimpik yang tular di media sosial. — Agensi

Beliau menggesa agar orang ramai tidak terlalu fokus kepada perkara-perkara kecil seperti ini, tetapi memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting seperti isu penyalahgunaan dadah yang memerlukan perhatian serius.

Jaket biru yang dihiasi corak tradisional direka oleh pengeluar pakaian sukan Thailand, Grand Sport dan Pusat Kreatif Fabrik dan Tekstil Universiti Rajabhat Udon Thani.

Perekanya menyatakan bahawa rekaan itu diilhamkan daripada tapak arkeologi Ban Chiang di Udon Thani yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada tahun 1992. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram