[VIDEO] Mungkin Southgate jadi punca, penyokong England 'bergasak' usai tewas Euro 2024


  • Podium
  • Isnin, 15 Jul 2024

Tangkap layar memaparkan penyokong England saling bergaduh selepas tewas di tangan Sepanyol. — Twitter

PENYOKONG England dipercayai bergaduh sesama sendiri di Hertford, London susulan kekalahan The Three Lions di pentas akhir Kejohanan Euro 2024 di Stadium Olimpik, Jerman pada Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin, rakaman menyaksikan beberapa penyokong England dilihat bergaduh sesama sendiri usai kekalahan tipis 1-2 di tangan Sepanyol itu.

Menerusi video yang tular di laman X itu memaparkan beberapa individu lelaki yang dipercayai peminat England saling bertumbuk.

BACA LAGI: Milos Gordic ada masa kurang sebulan buktikan kemampuan jika enggan digantikan 3 calon ideal

BACA LAGI: Pemain JDT bersatu hati di bilik persalinan, saya boleh turunkan sesiapa saja — Hector Bidoglio

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca pergaduhan tersebut.

Namun, melihat kepada ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat bahawa punca pergaduhan itu disebabkan kegagalan pengendali England, Gareth Southgate.

Dalam pada itu, ramai yang berpandangan agar Southgate mengundur diri daripada mengendalikan England dan menggantikannya dengan orang lain.

"Mungkin ada di antara mereka yang mahu Southgate kekal dan ada yang tak nak," kata @Bolo Numan.

"Ada yang nak Southgate kekal, ada pula yang nak dia undur diri," kata @Nyittwbm.

"Ni mesti ada yang nak Southgate out, sebab tu gaduh," kata @Daniel.

Dalam perlawanan berkenaan, skuad Three Lions mengalami kekalahan selepas Sepanyol menjaringkan gol menerusi Nico Williams dan Mikel Oyarzabal sementara jaringan mereka disumbangkan Cole Palmer.

Keputusan mengecewakan itu turut menyaksikan penantian 58 tahun mereka untuk meraih sebarang gelaran di peringkat antarabangsa berterusan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram