Setahun selepas dikait dengan JDT, Falcao kini sah sertai kelab lama Ayron del Valle


  • Podium
  • Khamis, 18 Jul 2024

Falcao diperkenalkan sebagai penyerang baharu Millonarios dalam majlis sambutan yang cukup meriah di stadium kelab itu. — Agensi

PADA jendela perpindahan kedua Liga Super 2023, peminat bola sepak pernah digemparkan dengan khabar angin penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao berada dalam radar Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pemain yang dikenali kerana pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea dan Manchester United tersebut pasti akan dapat menaikkan lagi nilai komersial skuad Harimau Selatan.

Meskipun dirundung masalah kecederaan beberapa tahun kebelakangan ini, reputasinya yang megah sudah cukup untuk membawa jaguh Liga Super itu ke tahap lebih tinggi.

BACA LAGI: [VIDEO] Hector Hernandez disebut sertai JDT, elak ulangi kegagalan 3 nama besar di Harimau Selatan

BACA LAGI: FAM boleh ikut petua TMJ ikat bekas seteru, bos JDT kemudi HM

FALCAO-TMJ

Falcao (kiri) ketika bertemu pemilik JDT, Tunku Ismail Idris pada pertengahan 2023.

Namun, selepas berkali-kali fasa rundingan dibuat, perpindahan tersebut tidak tercapai dengan permintaan gaji terlalu tinggi dikatakan sebagai antara faktor kegagalan itu.

Jadi, demi meneruskan kariernya, Falcao meneruskan tempoh permainan bersama kelab Sepanyol, Rayo Vallecano yang beraksi di liga teratas negara tersebut musim lalu.

Tempohnya dengan pasukan itu tidaklah terlalu mengecewakan apabila dia berjaya mencetak empat gol secara keseluruhan dengan tiga daripadanya diraih dalam saingan empat penampilan Copa del Rey.

Bagaimanapun, dengan usianya kini sudah mencecah 38 tahun, Falcao akhirnya memilih untuk pulang ke negara kelahirannya menjelang tahun-tahun terakhir permainannya.

Menurut laporan terkini, bekas kapten Colombia itu menyertai Millonarios dengan ia adalah kali pertama Falcao beraksi di negara itu selepas kali terakhir berbuat demikian lebih 20 tahun lalu.

WhatsApp Image 2024-07-18 at 1.08.16 PM

Del Valle ketika beraksi untuk Millonarios di negara kelahirannya. Agensi

Menariknya, kelab berkenaan pernah menyaksikan kehebatan bekas pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Super, Ayron del Valle dari 2016 sehingga 2018.

Statistiknya bersama pasukan berkenaan juga tidak kurang hebatnya memandangkan pemain berkenaan pernah meraih pencapaian yang sama sebanyak dua kali.

Kejayaan itu menyaksikan pihak pengurusan Selangor FC bertindak mendapatkan khidmatnya pada 2023 dengan hasil lumayan berjaya dipulangkannya.

Bagaimanapun, Ayron memilih untuk meninggalkan skuad Gergasi Merah pada penghujung musim dan menyertai pasukan Bolivia, Always Ready sebelum bergelar ejen bebas ketika ini.

Kehadiran Falcao dalam Millonarios sudah tentu akan menambah lagi ketajaman jentera serangan pasukan menjelang separuh kedua musim di Colombia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram