[VIDEO] Budak 4 tahun ditinggal berseorangan jatuh dari rumah tingkat 16 di Putrajaya


  • 112
  • Selasa, 16 Jul 2024

Kanak-kanak berkenaan ditinggalkan ibu bapanya sebelum dipercayai terjatuh daripada bilik tidur utama di rumahnya.

SEORANG kanak-kanak perempuan berumur empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bilik tidur utama di tingkat 16 sebuah perumahan di Presint 9, Putrajaya pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abd Aziz berkata, polis menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi.

Dia berkata, semasa kejadian, bapa kanak-kanak itu yang merupakan seorang penolong akauntan keluar menghantar kakak kanak-kanak itu ke sekolah berdekatan manakala ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru tadika keluar bekerja.

BACA LAGI: Pasangan suami isteri pempengaruh disyaki seleweng derma bebas dengan jaminan

BACA LAGI: Suspek bunuh Nur Farah Kartini tunjuk kawasan semak, anak sungai di lokasi mayat dijumpai

"Kanak-kanak itu merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jenazah kanak-kanak itu kini berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.

Sebelum ini, dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi X pada awal pagi Selasa, kelihatan bapa kepada mangsa sedang berduka cita dengan kehilangan anaknya itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram