Rumah jadi tempat percutian, ramai pilih cara 'staycation'


  • Bizz
  • Isnin, 15 Jul 2024

Pelancongan domestik berpotensi berkembang dengan lebih cerah dan ia dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.

KOS yang lebih rendah, kemudahan dan ketenangan fikiran adalah sebab utama ramai rakyat Malaysia memilih untuk pergi ke “staycations” atau percutian yang terletak berhampiran dengan rumah.

Berdasarkan data, rakyat Malaysia kebanyakkan berehat di negeri asal mereka. Sebanyak 35 peratus daripada jumlah 79.6 juta pelancong domestik menghabiskan sekurang-kurangnya satu malam di negeri mereka sendiri tahun lepas.

Kebanyakan 11 daripada 16 negeri di Malaysia menunjukkan trend yang sama, memandangkan lokasi tertinggi dilawati adalah negeri tempatan sendiri.

BACA LAGI: [VIDEO] Daiyan Trisha teruja bekerjasama dengan Airbnb, budayakan industri pelancongan

BACA LAGI: Sektor pelancongan negara boleh terjejas jika masalah gelandangan tidak selesai — MATTA

Berdasarkan Tinjauan Pelancongan Domestik 2023 oleh Jabatan Perangkaan, hanya rakyat dari lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Labuan, Pulau Pinang, Perlis dan Putrajaya, memilih tempat lain sebagai destinasi pelancongan.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Datin Christina Toh berkata, penginapan menjadi pilihan yang semakin praktikal bagi mereka yang ingin bercuti.

Beliau berkata, ramai rakyat Malaysia lebih suka tinggal di negeri mereka sendiri untuk bercuti disebabkan kuasa perbelanjaan yang lebih rendah berbanding kenaikan kos sara hidup, kemudahan dan kos perjalanan yang cermat.

Sehingga tahun lepas, jumlah purata wang yang dibelanjakan untuk pejalanan tahun lepas ialah sebanyak RM352 iaitu melonjak 26.2 peratus daripada RM279 pada 2013.

Pelancong domestik juga kurang menghabiskan masa untuk bercuti dengan purata 2.45 malam tahun lalu, berbanding 2.55 malam pada 2022.

Pengerusi Konsortium Inbound Tourism Alliance, Uzaidi Udanis berkata, trend bercuti berdekatan dengan rumah semakin ketara terutamanya pada hujung minggu yang panjang.

Menurut beliau, harga sudah pasti diselaraskan susulan peningkatan kos termasuklah hotel.

Menyebut berkenaan trend bermusim, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Nigel Wong berkata, orang ramai gemar melancong di negeri mereka sendiri kerana ianya mudah.

Reef Check Malaysia are training local Mersing youths to be the next marine conservation leaders

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Nigel Wong berkata, orang ramai gemar melancong di negeri mereka sendiri kerana ianya mudah.

Beliau berkata, kesukaran masa dan gaya hidup orang ramai menyebabkan mereka sangat sibuk, jadi mereka memilih pergi bercuti lebih dekat dengan tempat tinggal kerana ia lebih mudah dan murah berbanding ke luar negara, yang memakan banyak kos dan masa.

Kawasan yang paling popular menjadi tumpuan pelancong domestik adalah di negeri Johor yang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 8.92 juta tahun lepas, diikuti Pahang dengan 8.54 juta manakala Selangor menduduki tempat ketiga selepas menerima 8.46 juta pelancong tempatan.

Pelancongan domestik melonjak

Gambaran keseluruhan mengenai pelancongan domestik berpotensi berkembang dengan lebih cerah dan ia dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.

Dilaporkan bahawa jumlah pelancong domestik di Malaysia mengalami lonjakan ketara kepada 58.6 juta pelancong pada suku pertama tahun ini, meningkat 19 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.

Discover the fusion of cultural heritage, modernity and delectable cuisine in Macao

Gambaran keseluruhan mengenai pelancongan domestik berpotensi berkembang dengan lebih cerah dan ia dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.

Wong berkata, selepas wabak pandemik Covid-19, orang ramai lebih berminat untuk menerapkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif aktiviti luar misalnya konvoi berbasikal dan melawat taman-taman negara.

Menurut Wong, inisiatif promosi haruslah diteruskan dengan cara yang menarik supaya dapat menarik pelancong terutamanya generasi “Millennials” dan “Gen Z”.

"Golongan muda lebih berminat pelbagai pengalaman dan pelbagai pilihan untuk memenuhi pasaran ini dan kos juga perlu lebih rendah supaya ia berpatutan," katanya.

Sementara itu, Uzaidi berkata, percutian menjadi keperluan untuk setiap rakyat Malaysia yang suka melancong.

"Oleh itu, pelancongan domestik akan menjadi lebih kuat kerana permintaan untuk melancong adalah tinggi walaupun berlakunya inflasi," katanya.

Beliau menekankan, lebih banya inisatif perlu dilakukan dengan meneroka lebih banyak produk pelancongan yang berpotensi seperti mencadangkan pakej pelancongan termasuk penginapan di kebun durian semasa musim durian. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram