Stoking kalimah ALLAH: KK Mart didenda RM60,000, pengarah dan isteri bebas


Chai (kanan) dan isterinya, Loh (tengah) dibebaskan berhubung pertuduhan stoking tertera kalimah ALLAH oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin.

MAHKAMAH Sesyen Shah Alam, Selangor mendenda KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan salah satu syarikat pembekalnya, Xin Jian Chang Sdn Bhd masing-masing didenda RM60,000 berhubung stoking tertera kalimah ALLAH pada Isnin.

Memetik laporan malaysiakini, ia selepas kedua-dua syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan yang dipinda kerana melukakan perasaan orang Islam.

Bagaimanapun, hakim Muhamad Anas Mahadzir membebas dan melepaskan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya Loh Siew Mui daripada pertuduhan yang sama.

BACA LAGI: [VIDEO] Perkelahan bertukar tragedi, 2 remaja lemas ketika bermandi-manda di Air Terjun Jami

BACA LAGI: Peragut bersiri Seremban target pejalan kaki dan penunggang motor akhirnya dicekup, ada 13 rekod jenayah

Kalimah Allah

Sebelum ini tular penjualan stoking tertera kalimah ALLAH SWT di Menara KK.

Pada 26 Mac lalu, Chai dan Loh yang juga Pengarah KK Super Mart & Superstore mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan, yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada pukul 6.30 pagi 13 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, kesemua pengarah Xin Jian Chang Sdn. Bhd pula didakwa bersubahat melakukan kesalahan berkenaan di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 109 KK dibaca bersama Seksyen 298 KK yang memperuntukkan hukuman sama.

Pembekal itu ialah tiga beranak, suami, Soh Chin Huat, 61, isterinya, Goh Li Huay, 62, dan anak mereka, Soh Hui San, 36. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram