[VIDEO] 'Selagi kelab perlukan, saya akan bermain', Saddil Ramdani beri hint bersara bersama Sabah?


  • Podium
  • Sabtu, 13 Jul 2024

Saddil (kanan) menyarung jersi Sabah FC sejak musim 2021. — Facebook/SabahFC

PENYERANG sayap lincah Sabah FC, Saddil Ramdani seolah-olah memberi petunjuk akan kekal menyarung jersi The Rhinos sehingga penghujung karier bola sepaknya atau dalam erti lain bersara.

Perkara tersebut diluahkan sendiri oleh pemain import kelahiran Indonesia berkenaan dalam podcast Stef It Up selepas Saddil ditanya mengenai tempat pilihannya untuk menggantung but.

Walaupun jawapan Saddil tidak membawa masuk Sabah FC namun ramai penyokong sudah mula menarik nafas lega dan semakin melupakan khabar angin perpindahan yang pernah dikaitkan dengan pasukan Borneo tanah air berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Impian untuk tewaskan JDT, Pak Karim pelik stadium Sabah makin kosong musim ini

BACA LAGI: Kalau seri sudah memadai, elak bolos sampai 3 gol, pesan Legenda Sabah

Saddil berkata, selagi kelab tersebut memerlukan khidmatnya, pemain berusia 25 tahun berkenan tidak akan teragak-agak untuk bermain lebih lama dalam pasukan tersebut.

Selagi orang itu memerlukan saya, saya akan berjuang untuknya. Saya tidak boleh menggambarkan, itu sahaja yang saya boleh sampaikan. Jika saya sudah tidak diperlukan kerana sudah ada orang lain, untuk apa saya bertahan.

"Adakah saya sanggup untuk menyakiti diri sendiri, tidaklah kan. Saya pun perlu move one. Kita perlu datang akan pergi tapi dengan cara macam mana manis atau tidak. Saya mahu yang manis sahaja sebelum berpisah," jawabnya dalam sesi podcast tersebut.

Kenyataan Saddil membuatkan para penyokong yakin bahawa pemain sayap berkenaan akan setia bersama Sabah walaupun sebelumnya pernah mendapat tawaran dari dari kelab berpangkalan di Austria.

Saddil semakin dikenali sejak menyarung jersi Sabah FC pada musim 2021 walaupun Sri Pahang FC merupakan kelab pertama disertai pemain itu dalam arena bola sepak tanah air.

Rekod sumbangan pemain berusia 25 tahun itu terhadap barisan serangan skuad Sang Badak pada musim 2023 dilihat bukan sahaja konsisten, malah bertambah baik berbanding dua musim sebelumnya.

Buktinya, pemain yang sebelum ini beraksi bersama pasukan Liga 1 Indonesia, Persela Lamongan itu berhasil mencetak tujuh gol untuk Liga Super dan 16 hantaran bantuan secara keseluruhan bagi semua kejohanan.

Bukan itu sahaja, Saddil turut tersenarai sebagai perancang terbaik Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas dia mencipta sebanyak 23 peluang buat skuad The Rhinos dalam kejohanan berkenaan pada musim 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram