Bawa pengaruh masuk Liga M, Diogo ikut jejak bekas pemain Kedah, Pahang dan Penang jadi ejen bola sepak


  • Podium
  • Sabtu, 13 Jul 2024

Diogo cukup dikenali sebagai salah seorang import paling berkualiti dalam arena bola sepak tanah air. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

SELEPAS menamatkan karier berwarna-warni sebagai pemain, Diogo Luis Santo memilih untuk mencuba angin baharu dalam dunia bola sepak.

Dia yang merupakan salah seorang ikon Johor Darul Ta'zim (JDT) dilaporkan kini berkhidmat sebagai ejen dengan perkara itu dikongsikan wartawan di Thailand, Ta Lao menerusi hantaran di aplikasi X.

Berdasarkan perkongsian itu, penyerang tersebut kelihatan bergambar dengan dua pemain Brazil, Matheus Vargas serta Chrigor Moraes yang beraksi di Buriram United.

BACA LAGI: Import legenda JDT kini jadi super ejen di Thailand

BACA LAGI: 'Bukan saya', ejen Seo nafi ada tunggakan gaji 6 bulan, anggap hanya salah faham

WhatsApp Image 2024-07-12 at 4.18.54 PM

Diogo (tengah) difahamkan sudah bergelar seorang ejen bola sepak.

Perkara berkenaan sudah tentu membuatkan penyokong bola sepak tempatan, terutamanya pengikut setia skuad Harimau Selatan tertarik dengan pilihannya.

Bagaimanapun, Diogo bukanlah bekas pemain Liga Super pertama yang berbuat demikian kerana ada juga yang mengambil langkah seperti itu selepas menggantung but masing-masing.

Berdasarkan pemerhatian Majoriti, berikut adalah tiga bekas pemain bola sepak tempatan yang mengambil angin baharu selepas menamatkan karier.

1. Kiko Insa

Pada jendela perpindahan lalu, nama Kiko Insa yang merupakan adik kepada bintang JDT, Natxo Insa menjadi bahan bualan kerana terlibat dalam saga perpindahan Nooa Laine.

Meskipun ada yang sedikit pelik dengan pendekatannya, ada pula yang terkejut apabila melihat bekas pemain Pahang itu kini bergelar seorang ejen bola sepak.

Dia yang kali terakhir beraksi secara profesional pada 2020 tidak menunggu lama untuk menceburi bidang baharu dengan pilihan itu jelas membawa episod berbeza dalam kariernya.

2d63f1e9a7b5dba1ef6abad1f728c7a02f517d21

Kiko Insa (kanan) memilih untuk menceburi bidang ejen selepas menamatkan karier bola sepak.

Malah, berdasarkan perkongsian di Instagram peribadinya, agensi yang dikenali sebagai Insa Project Global Group cukup dikenali, lebih-lebih lagi sekitar Asia Tenggara.

Antara pasukan yang terlibat secara dekat dengan bekas pemain Liga Super itu adalah JDT sendiri dengan pemain seperti Francisco Geraldes dan Murilo Henrqiue merupakan sebahagian pemain berada di bawah pantauannya.

Sekiranya usaha itu dibawa ke tahap lebih tinggi, tiada sebab untuk lebih ramai bintang bola sepak sekitar Asia dan dunia menolak peluang berada di bawah kendaliannya.

2. Sandro Mendonca

Beberapa musim dahulu, Sandro Mendonca merupakan salah seorang pemain tengah terbaik yang pernah diimport dari Brazil dengan beberapa kelab pernah menggunakan khidmatnya, seperti Kedah FA dan Selangor FC.

Namun, dengan usianya sudah semakin lanjut, pemain tengah berkenaan akhirnya memilih untuk menamatkan karier dan kembali ke negara asalnya.

Selepas itu, Sandro dilihat mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada dunia bola sepak meskipun sering mengimbau kenangan sebagai seorang pemain.

Selangor's Sandro Da Silva Mendonca during the Malaysia Cup match against Felda United FC at Shah Alam Stadium last night. IZZRAFIQ ALIAS/ The Star. August 3,2019.

Sandro dahulunya bergelar seorang pemain tengah berkualiti bersama Selangor dan Kedah.

Tetapi, kebelakangan ini, bekas tonggak skuad Sang Kenari berkenaan difahamkan sudah kembali ke sukan kegemaran ramai itu sebagai seorang ejen.

Pengaruhnya boleh dikatakan sudah dirasai ke Liga Super memandangkan pemain Kuching City FC, Luis Fernando Welter merupakan salah seorang bintang Brazil yang berada di bawah kendaliannya.

Keputusan untuk menceburi bidang berkenaan sudah tentu akan menguntungkan pelbagai pihak, terutamanya pasukan tempatan yang amat berminat dengan bakat dari negara Amerika Selatan itu.

3. Casagrande

Agensi pemain, Etminan Brazil merupakan salah sebuah agensi paling terkenal dalam Liga Super kerana organisasi itu mewakili beberapa pemain dari negara tersebut seperti Paulo Josue dan Endrick dos Santos.

Pengaruh mereka boleh dikatakan amat meluas memandangkan pelbagai kelab akan memberikan kepercayaan dalam membawa masuk bakat dari negara-negara Amerika Selatan, terutamanya Brazil.

Namun, tahukah anda bahawa salah seorang ejen yang berada di bawah organisasi itu adalah bekas penyerang Penang FC dan Negeri Sembilan FC, Casagrande.

436294182_950822680379417_3117674434340359762_n

Casagrande (kiri) difahamkan sudah menceburi bidang pengurusan pemain. Facebook/Etminan Brazil

Dalam satu hantaran di laman media sosial agensi, pemain tinggi lampai tersebut difahamkan sudah menjadi salah seorang ejen dalam Etminan Brazil.

Meskipun masih belum mengumumkan persaraan secara rasmi, usianya yang sudah mencecah 34 tahun pasti mendesaknya agar mengambil keputusan sedemikian.

Pengalamannya dalam arena bola sepak tanah air sudah tentu memberikan kemudahan buat Casagrande memastikan jenis pemain yang sesuai beraksi dalam Liga Super.

Tetapi, dengan lambakan ejen dari Brazil, dia pasti memerlukan cara terbaik untuk membantu lebih banyak pasukan mendapatkan import berkualiti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram