Pengaruh Bojan Hodak semakin kukuh, rekrut bekas rakan sepasukan Beckham dan Ronaldinho


  • Podium
  • Jumaat, 12 Jul 2024

Pato (tengah) ketika beraksi bersama Bekham (kiri) dan Ronaldinho (kanan) sewaktu bergelar sebagai pemain AC Milan. — Instagram/Pato

KUALITI Bojan Hodak sebagai jurulatih tidak perlu dipersoalkan lagi, setiap pasukan yang berada di bawah bimbingannya akan berubah menjadi salah satu kelab pencabar dalam saingan mana-mana liga.

Buktinya, Kuala Lumpur (KL) City FC sewaktu dikendalikan oleh pengendali kelahiran Croatia itu berada di tahap cemerlang apabila apabila membantu skuad Warga Kota beraksi di pentas final tiga tahun berturut-turut sejak membimbing kelab pada 2021.

Bukan hanya melangkah ke pusingan akhir, Bojan sebelum ini pernah mencipta kejutan dengan menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 di pentas final Piala Malaysia 2021, sekali gus layak beraksi pada Piala AFC 2022.

BACA LAGI: [VIDEO] Budak pasang impian beraksi bersama Brazil maut ditembak depan ayah pada hari lahir ke-9

BACA LAGI: [VIDEO] Kaki pemain muda Brazil berlubang, ditembak polis tepi padang

Selain kemenangan Piala Malaysia, Bojan juga membantu KL City menjadi naib juara Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023 sebelum tewas 0-2 kepada JDT di pentas final di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Kecemerlangan Bojan disambung lagi bersama Persib Bandung apabila jurulatih berpengaruh itu membantu kelab berkenaan muncul juara Liga 1 Indonesia selepas kira-kira satu musim berkhidmat.

Bojan yang menyertai Persib pada Julai 2023 itu dijangka akan meneruskan lagi momentumnya bersama skuad Pangeran Biru dengan jurulatih itu dikhabarkan akan merekrut bekas bintang AC Milan, Alexandre Pato sebagai import baharu.

Pato mempunyai pengalaman beraksi bersama Ronaldinho dan David Beckham sewaktu sertai AC Milan pada musim 2007-2013, selain bergelar sebagai pemain Chelsea serta Villareal.

WhatsApp Image 2024-07-12 at 13.48.48

Pato mencipta nama bersama AC Mila pada musim 2007 hingga 2013. — Instagram/Pato

Pemain yang kini berstatus ejen bebas itu dikatakan akan penyerang baharu Persib Bandung selepas Bojan sendiri pernah mendedahkan akan ada penambahan pemain dalam tempoh persediaan menghadapi saingan Liga 1 2024/2025.

Khabar angin mengatakan pemain kelahiran Brazil berkenaan Pato akan menyertai Persib Bandung semakin kencang selepas Pato dikesan mengikuti Instagram pasukan berkenaan baru-baru ini.

Sekiranya Persib Bandung berhasil merekrut Pato, impian Bojan untuk mendapatkan penyerang import akan menjadi kenyataan dan semakin cerah peluang pasukannya untuk mengekalkan kemenangan sebagai juara Liga 1 Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram