Kem Jerman bergolak sebelum Euro 2024, 2 tonggak hampir gaduh besar ketika latihan


  • Podium
  • Jumaat, 14 Jun 2024

Pemain Jerman, Fullkrug (tengah) dan Rudiger (kanan) ketika sesi latihan skuad kebangsaan. — X/MKSports

KEJOHANAN Piala Eropah 2024 atau Euro 2024 belum bermula namun kem Jerman dikatakan sudah bergolak apabila timbul isu pergaduhan melibatkan dua pemain tuan rumah ketika sesi latihan mereka.

Dua pemain yang dimaksudkan ialah bintang Real Madrid, Antonio Rudiger dan penyerang Borussia Dortmund iaitu Niclas Fullkrug apabila kedua-dua mereka hampir bergaduh besar menjelang aksi pertama menentang Scotland.

Memetik ciapan MK Sports Official, ketegangan timbul apabila pemain pertahanan, Rudiger melakukan terjahan kuat beberapa kali dan cuba menjatuhkan Fullkrug, sehingga membawa kepada insiden pergaduhan serta menolak antara satu sama lain.

BACA LAGI: Siaran percuma untuk rakyat, syarikat gergasi berebut hak tajaan Euro 2024

BACA LAGI: Piala Thomas, EURO antara 4 sukan dinanti-nantikan sepanjang 2024

Bagi mengelak suasana tegang berkenaan bertambah panas apabila penolong jurulatih Jerman, Sandro Wagner terpaksa masuk campur untuk meleraikan mereka bersama kakitangan kejurulatihan yang lain.

Ada sesetengah pihak mendakwa, insiden berlaku di hadapan kira-kira 4,000 peminat yang hadir di sesi latihan berkenaan mungkin berpunca daripada provokasi sebelum ini semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Bek tengah Jerman dan Fullkrug bertembung pada aksi final UCL di Wembley pada awal bulan ini, dengan Real Madrid muncul juara selepas menewaskan Dortmund 2-0.

Jerman akan memulakan kempen Euro menentang Scotland pada Jumaat. Skuad kendalian Julian Nagelsmann turut berdepan Hungary dan Switzerland dalam saingan Kumpulan A.

Sebanyak 42 aksi peringkat kumpulan dan 15 perlawanan pusingan kalah mati dengan membabitkan 57 aksi secara keseluruhan bakal disajikan sepanjang sepak mula dari 14 Jun hingga 14 Julai depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram