Heberty, Juan Muniz duo paling bahaya Liga Super setakat ini


  • Podium
  • Jumaat, 12 Jul 2024

JDT antara pasukan yang mempunyai serangan duo berbahaya di Liga Super setakat ini.

LIGA Super kembali semula selepas berehat panjang untuk memberikan laluan kepada kejohanan Piala FA dilangsungkan.

Sepak mula Liga Super akan kembali dengan dua perlawanan awal membabitkan pasukan Kuching City, PDRM FC, Kedah Darul Aman FC dan Kelantan Darul Naim FC pada Jumaat (12 Julai).

Manakala pasukan lain akan beraksi hujung minggu ini dengan perlawanan tumpuan pastinya terarah kepada derbi Lembah Klang membabitkan pasukan Kuala Lumpur City FC menentang Selangor FC.

BACA LAGI: Hanya 300 tiket terjual lawan Kelantan, fans Kedah niat simpan duit untuk JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Impian untuk tewaskan JDT, Pak Karim pelik stadium Sabah makin kosong musim ini

Namun menjadi persoalan pasukan manakah mempunyai gandingan serangan terbaik dalam Liga Super setakat minggu kelima ini?

Menerusi data laman sesawang Transfermarkt, Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai gandingan duo serangan yang paling berbahaya ketika ini.

Gandingan Heberty Fernandes dan Juan Muniz berjaya menghasilkan lima gol dalam empat perlawanan Liga Super dengan pemain Sepanyol JDT itu merekodkan 'assist' paling tinggi dalam saingan liga.

Rekod

Data yang diperoleh daripada Transfermarkt.

Manakala Paulo Josue dan Brendan Gan antara gandingan terbaik apabila mereka berdua menghasilkan empat jaringan meskipun kem KL City mempunyai masalah tunggakan gaji.

Dua pasukan lain ialah PDRM yang diwakili oleh Ifedayo Olusegun dan Bruno Suzuki dengan empat jaringan terhasil, manakala Selangor pula Ronnie Fernandez dan Noor Al-Rawabdeh.

Untuk rekod, Heberty juga berada dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super apabila berkongsi kedudukan bersama Ifedayo, Josue dan Ronnie iaitu sebanyak tiga jaringan gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram