IMPIAN seorang kanak-kanak lelaki untuk menjadi pemain bola sepak skuad antarabangsa Brazil tidak kesampaian selepas menjadi korban tembakan ketika majlis hari jadinya baru-baru ini.
Dalam kejadian yang berlaku pada 25 Mei lalu, Heitor Moreira ditembak mati bersama ayah dan sepupunya ketika meraikan hari kelahirannya yang kesembilan.
Dalam video tersebut menunjukkan rakan dan keluarganya sempat menyanyi untuk Heitor Moreira beberapa saat sebelum tiga lelaki melepaskan tembakan ke arah rumahnya.
BACA LAGI: [VIDEO] KKM siasat pengusaha restoran di PJ simpan makanan dalam tong sampah
Tangkap layar memaparkan Heitor ketika meraikan hari kelahirannya sebelum ditembak mati.
Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila beberapa lelaki bersenjata yang tidak dikenali tiba-tiba melepaskan beberapa tembakan ke arah rumahnya di Vespasiano.
Heitor bersama ayahnya, Felipe Moreira, 26, dan sepupunya, Layza de Oliveira, 11, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
De Oliveira terkena dua das tembakan, Heitor ditembak sebanyak empat kali manakala ayahnya menerima 12 tembakan.
Manakala, ibunya berusia 41 tahun, seorang remaja berusia 13 tahun dan seorang lagi gadis, 19, cedera akibat tembakan dan dikejarkan ke Hospital Risole Neves.
Difahamkan, keluarga mangsa sebelum itu sering menjadi ugutan kartel jenayah di Brazil.
Heitor merupakan pemain akademi kelab terkenal Brazil, Atlético Mineiro. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram