JURULATIH Belanda, Ronald Koeman mengakui kekalahan 1-2 di tangan England pada separuh akhir Euro 2024 cukup sukar diterima.
Koeman jelas tidak berpuas hati dengan kualiti pengadilan dalam perlawanan berkenaan yang sekali gus memadamkan impian Belanda untuk mara ke final.
Malah, dia turut mengkritik pengadil perlawanan, Felix Zwayer yang memberikan sepakan penalti kepada England pada babak pertama dan disempurnakan dengan baik oleh Harry Kane.
BACA LAGI: [VIDEO] Bimbang keselamatan anak punca Nunez tumbuk fans Colombia, mungkin kena ban beraksi bersama Liverpool
Koeman yang jelas tidak berpuas hati dengan pemberian sepakan penalti itu mendedahkan bahawa pertahanan Belanda, Denzel Dumfries cuma mahu menghalang rembatan Kane.
"Macam mana kami boleh menang kalau pengadil perlawanan berpihak kepada England?," katanya selepas tamat perlawanan.
Koeman yang berang dengan tindakan pengadil tersebut mendedahkan bahawa Zwayer sebelum ini pernah digantung selama enam bulan selepas mengaku menerima rasuah berjumlah €300 (RM1,538.00).
Dalam pada itu, Koeman menyarankan agar akaun bank Zwayer disemak.
"Adakah kamu tahu bahawa pengadil dalam perlawanan ini pernah digantung enam bulan kerana menerima rasuah, mungkin kita perlu menyemak akaun banknya," ujarnya.
Dalam perlawanan yang berlangsung pada Khamis itu menyaksikan dua gol England dicetak oleh Harry Kane dan Ollie Watkins, manakala Xavi Simons mencetak satu jaringan buat Belanda.
Dengan kemenangan itu, England akan bertemu Sepanyol di final Euro 2024 pada 15 Julai (Isnin). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram