Lama tak main skuad senior, Pan-gon cabar Haqimi Azim jadi 'goal-getter'


  • Podium
  • Rabu, 05 Jun 2024

Haqimi dicabar oleh Pan-gon untuk dapatkan gol buat Malaysia.

PENYERANG Harimau Malaya, Haqimi Azim Rosli mengakui ia bukan satu perkara mudah buatnya untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan.

Merupakan sebahagian daripada teraju serangan Malaysia menjelang aksi penting kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Haqimi tahu dia perlu bersaing dengan pemain lebih berpengalaman daripadanya untuk mendapatkan tempat.

Katanya, bukan mudah untuk menambat hati pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon ditambah Haqimi perlu cepat membiasakan diri dengan taktikal pengendali itu yang bersandarkan kepada kelajuan dan intensiti tinggi.

BACA LAGI: Maaf Selangor, isu gaji tak lunturkan rasa cinta Haqimi buat KL City

BACA LAGI: Masalah gaji KL City paksa Haqimi Azim berlatih dengan skuad Sukma

445445383_1161929974880237_8466057656434987638_n

Haqimi antara pemain muda dalam skuad Harimau Malaya kali ini.

"Sukar untuk saya tembus masuk ke kesebelasan utama. Saya perlu bersaing untuk dapatkan tempat saya.

"Taktikalnya (Kim Pan-gon) cukup mencabar. Jadi saya perlu cepat sesuaikan diri dan bersaing untuk dapatkan tempat saya," kata Haqimi.

Menurut pemain Kuala Lumpur City FC itu, dia mendedahkan yang Pan-gon sebenarnya memberikan cabaran buatnya sepanjang aksi kelayakan berdepan Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei.

Kata Haqimi, Pan-gon mencabarnya untuk menjadi penyerang lebih tajam supaya dapat menghadirkan gol buat Malaysia yang tempang tanpa Faisal Halim, Arif Aiman dan Darren Lok.

"Jurulatih ada memberitahu saya yang dia mahukan gol daripada saya. Dia mahu saya jadi goal-getter. Jadi, saya perlu bekerja lebih keras semasa pusingan kelayakan ini supaya dan tunjukkan kepadanya yang saya boleh mendapatkan jaringan.

"Jika saya diberikan peluang, saya akan berikan yang terbaik. Sekarang ini pasukan ada Paulo Josue dan saya serta pemain lain yang juga boleh bermain di posisi nombor 9. Tapi jika saya yang bermain, saya akan tunjukkan kepada rakyat Malaysia yang saya layak menjadi penyerang mereka," ujar Haqimi.

Sepanjang bersama skuad kebangsaan, Haqimi mendedahkan dia diuji dengan diletakkan di posisi nombor 9 (penyerang utama) serta nombor 7 (sayap kanan). — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram