Pengurus dakwa Sabah tak ada isu tunggak gaji 6 bulan, tapi fans cabar buat kenyataan terbuka


  • Podium
  • Selasa, 09 Jul 2024

Tunggakan gaji Sabah FC dikhabarkan sudah mencecah enam bulan. — Facebook/SabahFC

BERMULA dengan tunggakan gaji selama sebulan sehingga kini dikhabarkan mencecah enam bulan, demikian situasi membimbangkan yang dikatakan sedang berlaku dalam kem Sabah FC buat masa sekarang.

Masalah dalaman yang masih tidak menemui jalan penyelesaian itu menimbulkan isu lain misalnya paling ketara berlaku ialah isu pretasi para pemain sehingga menyaksikan Sabah tidak mara ke separuh akhir Piala FA.

Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee berkenaan tersingkir dari saingan Piala FA selepas tewas besar 0-7 secara agregat di tangan Terengganu FC (TFC) dalam pusingan suku akhir baru-baru ini.

BACA LAGI: Kim Swee kecewa bahagian penting Sabah FC 'gagal' berfungsi

BACA LAGI: Pengarah Sabah FC pelik kontena luar stadium, fans jawab tempat 'simpan' perosak bola sepak

Selain terpaksa menelan hakikat tidak boleh merebut trofi Piala FA 2024, pasukan Borneo tanah air itu juga kehilangan penyerang import, Ramon Machado dengan aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Sabtu lalu menjadi perlawanan terakhirnya.

Rentetan kehilangan penyerang utama dan kemerosotan prestasi para pemain itu, penyokong Sang Badak menggesa agar pihak pengurusan Sabah tampil memberi solusi sebelum ia semakin melarat sehingga menjejaskan kedudukan The Rhinos sebagai pencabar terkuat musim ini.

Tampil menceritakan keadaan di bahagian pengurusan, Pengurus pasukan Sabah FC, Rafie Robert menegaskan bahawa pasukan berkenaan tidak pernah mengalami tunggakan gaji sehingga enam bulan seperti yang digempar-gempurkan di media sosial.

WhatsApp Image 2024-07-09 at 13.10.46

Tangkap layar hantaran Insta Story Rafie.

"Yang menjaga kebajikan pula kena #outrafierobert. Jadi boleh melangkah keluar sudah ini. Nanti penyokong rajin-rajin lah datang tengok pasukan kesayangan di Stadium Likas. Maaf semua, saya dah buat terbaik.

"Kenapa pemain tidak beritahu siapa yang bekerja. Siapa yang bantu semasa mereka susah? Isu kekalahan disebabkan enam bulan gaji tidak dibayar? Gila kah. Cuna tanya pemain betul atau tidak.

"Tidak pernah ada tunggakan gaji enam bulan. Jangan timbulkan isu sehingga memudaratkan pasukan. Masih banyak perlawanan mahu fokus," katanya memetik hantaran di Insta Story pada Ahad.

Kenyataan Rafie menerusi media sosial itu bagaimanapun dianggap tidak profesional dan penyokong mencabar untuk beliau tampil membuat sidang media untuk memperjelas situasi terkini Sabah FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram