SEJAK bertapak dalam arena bola sepak tanah air, tahap ditampilkan Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah jauh meninggalkan pasukan-pasukan lain.
Mereka yang pada awalnya kurang diberikan perhatian memberikan penekanan secara menyeluruh, baik dalam aspek di atas mahupun di luar padang.
Fasiliti disediakan buat pemain sudah cukup untuk menceritakan keunggulan cuba ditekankan kelab Selatan tanah air itu dalam menjadi antara pasukan terbaik dalam sejarah.
BACA LAGI: Tak perlu 100 tahun pecah rekod andai JDT catat hatrik Piala FA — Kim Seng
BACA LAGI: Agregat sampai 2 angka, fans tanya kenapa JDT tak beri peluang pemain lokal
JDT meneruskan cengkaman mereka dalam arena bola sepak tanah air. — Facebook/MFL
Selain itu, penekanan diberikan terhadap pembangunan akar umbi turut dibuat dengan rapi memandangkan mereka mempunyai misi untuk membawa bola sepak lebih dekat dengan masyarakat.
Jadi, tidak hairanlah apabila pelbagai rekod bola sepak tanah air kini dipegang skuad Harimau Selatan dengan sukar bagi pasukan mengulangi pencapaian itu.
Malah, bagi sebahagian besar penyokong setia JDT, kejayaan dikecapi amat mengagumkan dengan kelab tempatan lain seakan-akan mustahil untuk diulangi meskipun diberikan tempoh 100 tahun lamanya.
Berdasarkan pencapaian diraih skuad Harimau Selatan setakat ini, berikut merupakan tiga rekod yang sukar diulangi apatah lagi untuk dipecahkan.
1. Kejuaraan Liga Super berturut-turut
Konsistensi merupakan kunci utama buat mana-mana kelab untuk menjuarai liga kerana mereka perlu memberikan persembahan terbaik sepanjang musim.
Perkara itu sudah tentu menjadi pegangan utama skuad Harimau Selatan yang berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super sejak memenanginya buat kali pertama pada 2014.
Sehingga kini, rata-rata kelab Liga Super bergelut untuk memberikan cabaran meskipun ada sesetengah daripada mereka yang berada di persada liga pada awal musim.
Skuad Harimau Selatan sudah memenangi 10 kejuaraan Liga Super berturut-turut. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Lebih menarik lagi, jurang mata antara kedudukan JDT dan naib juara Liga Super semakin membesar saban tahun dengan ia adalah hasil daripada titik peluh yang dicurahkan bertahun-tahun lalu.
Meskipun pada akhirnya rentetan kejuaraan itu mampu dipatahkan, sukar buat mana-mana pasukan tanah air mengulangi pencapaian cukup membanggakan berkenaan.
Setakat ini, skuad Harimau Selatan sudah merekodkan 10 kejuaraan Liga Super berturut-turut dengan mereka memiliki peluang cerah untuk menjulangnya pada penghujung musim 2024/25.
2. Rekod 'hampir sempurna' Liga Super
Seperti dikatakan di atas, rekod kutipan mata skuad Harimau Selatan dalam kancah Liga Super semakin memberangsangkan musim demi musim.
Bagaimanapun, pada saingan tahun lalu, tahap JDT cukup berbeza apabila mereka hanya mencicirkan dua mata daripada 26 perlawanan dihadapi.
Keputusan seri ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC merupakan satu-satunya aksi yang menyaksikan kelab Selatan tanah air itu gagal meraih kemenangan.
Skuad Harimau Selatan memenangi 25 daripada 26 aksi Liga Super 2023.
Namun, pencapaian itu sememangnya sukar disangkal sebagai antara sejarah terbaik dalam arena bola sepak tanah air dengan mustahil buat mana-mana kelab mengulanginya pada masa akan datang.
Malah, melihat kepada kempen Liga Super 2024/25, skuad Harimau Selatan berpeluang mengatasi rekod itu kerana mereka sudah mencatatkan empat kemenangan daripada empat perlawanan.
Tetapi, kutipan mata sudah tentu akan berbeza berbanding musim 2023 kerana jumlah perlawanan adalah berbeza dengan hanya 13 pasukan bertanding kali ini.
3. Tujuh gol dibolosi dalam Liga Super
Tidak boleh dinafikan bahawa kejayaan JDT menjaringkan 100 gol dalam 26 perlawanan Liga Super musim lalu adalah amat membanggakan berbanding rekod lain yang dipecahkan.
Namun, melihat kepada jentera serangan skuad Harimau Selatan yang semakin mantap setiap musim, tiada kemungkinan angka itu akan diatasi pada tahun-tahun akan datang.
Bagaimanapun, sebuah lagi pencapaian hebat diraih pasukan itu adalah apabila mereka hanya dibolosi sebanyak tujuh kali sepanjang musim.
Kualiti skuad Harimau Selatan adalah cukup mantap musim lalu.
Rekod itu boleh dianggap amat memberangsangkan memandangkan jentera serangan pasukan Liga Super adalah cukup tajam di rantau Asia Tenggara.
Jadi, angka tersebut boleh dikatakan sesuatu yang sukar dipecahkan, lebih-lebih lagi buat pasukan lain yang beraksi seperti Selangor FC dan Terengganu FC.
Malah, rekod itu pastinya sukar diulangi JDT musim ini memandangkan mereka sudah dibolosi sebanyak dua kali selepas hanya empat perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram