Agregat sampai 2 angka, fans tanya kenapa JDT tak beri peluang pemain lokal


  • Podium
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Sebahagian aksi menarik ketika pemain MUFT dilihat cuba menyekat kemaraan jentera serangan JDT dalam aksi suku akhir Piala FA 2024 di SSI. — Facebook/JDT

PASUKAN gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) tersenyum lebar apabila meraih jaringan besar dengan kemenangan penuh 13-0 secara agregat berdepan Malaysian University FT (MUFT) dalam aksi suku akhir Piala FA 2024.

Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor yang tampak jelas dipenuhi dengan lautan 'merah biru' itu menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya melebarkan kedudukan dengan keputusan 4-0 pada babak pertama.

Dalam babak pertama perlawanan menyaksikan jentera serangan Harimau Selatan dilihat cukup selesa 'berkampung' di dalam kawasan gol pelawat.

BACA LAGI: 'Aneh dan kebetulan', calon penaja utama Kedah hairan 'diserbu' Kastam, LHDN berturut-turut

BACA LAGI: 'Ubi muda' Selangor FC sah sertai FC Osaka secara pinjaman

WhatsApp Image 2024-07-05 at 21.56.15

Heberty meledak dua gol buat Harimau Selatan dalam babak pertama perlawanan berdepan MUFT. Facebook/JDT

Meskipun tiga percubaan Juan Muniz digagalkan oleh palang, namun import JDT itu akhirnya berjaya membuka jaringan pertama buat Harimau Selatan pada mnit ke-20.

JDT yang menerima suntikan semangat daripada ribuan penyokong Harimau Selatan itu menyaksikan penyerang import, Heberty Fernandes berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-27.

Masih mahu memberi tekanan kepada pasukan pelawat, Heberty sekali lagi berjaya menambah duka MUFT dengan menyumbat masuk gol ketiga buat Harimau Selatan sebelum Feroz Baharudin mencetak jaringan keempat bagi menutup separuh masa pertama dengan kedudukan 4-0.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Hector Bidoglio dilihat dahaga dalam mencari jaringan dan Fransicso Geraldes berhasil mencetak gol kelima buat Harimau Selatan.

WhatsApp Image 2024-07-05 at 22.15.38

Keputusan suku akhir Piala FA menyaksikan JDT meraih kemenangan besar 8-0 berdepan MUFT dalam aksi suku akhir kedua Piala FA. Facebook/JDT

Memasuki minit ke-60 perlawanan, MUFT terpaksa melupakan khidmat penjaga gol utama mereka apabila diusung keluar selepas terlibat dengan insiden pelanggaran bersama salah seorang pemain JDT.

Penyerang Harimau Malaya, Romel Morales tampil mencipta nama apabila menjadi penjaring keenam buat Harimau Selatan selepas tenang melepasi benteng pertahanan MUFT minit ke-72.

Dengan enam jaringan yang menembusi pintu gawang MUFT, anak-anak buah Ridzuan Abu Shah tampak cukup kecewa dengan jurang besar tersebut.

Enam minit kemudian, penyerang sensasi JDT, Bergson da Silva menambah derita buat MUFT dengan mencetak gol ketujuh buat pasukan yang berpangkalan di Selatan itu.

Sebelum berakhir babak kedua, Morales sekali lagi menambah jaringan kelapan buat JDT yang sekali gus menyaksikan MUFT dibolosi sebanyak lapan kali.

Dengan kemenangan 8-0 itu dalam aksi kedua suku akhir Piala FA, Harimau Selatan sekali gus mengesahkan slot ke semi final yang dijadual pada 20 Julai nanti dan akan bertemu Kedah Darul Aman FC.

Susulan kemenangan tersebut, ramai penyokong tanah air tidak berpuas hati dengan angka agregat yang diraih mencecah dua angka.

"Janganlah kejam sangat dengan budak-budak Universiti, patut game kedua ni, JDT patut bagi peluang buat player-player muda JDT II beraksi, lagi pun budak U tu mana ada player import," kata Azim Anom.

"Sepatutnya turunkanlah semua pemain local, biar seronok tengok game," kata Basikal Tua.

"Kenapa tak nak bagi pemain Malaysia je yang main? Patut rehatkanlah import, dah tahu game boleh menang, bagi turun import pula," kata Ayie Zack. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram