'Absolute rubbish', ayah nafi ‘ubi muda’ Liverpool dicanang keturunan Malaysia, fans desak tanya ibu


  • Podium
  • Isnin, 08 Jul 2024

Bobby yang kini beraksi bersama Liverpool didakwa mempunyai darah Malaysia menerusi neneknya di sebelah ibunya. — Agensi

KEBELAKANGAN ini, dunia bola sepak tanah air dikejutkan dengan banyak dakwaan pemain berketurunan Malaysia berada di pelbagai kelab luar negara selepas sebuah laman pencari bakat giat mencari tahu perihal mereka.

Namun begitu, kesahihan mengenai dakwaan pemain-pemain yang disebutkan mempunyai darah Malaysia masih belum dapat dipastikan sehinggalah mereka sendiri atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil memberi kenyataan.

Kredibiliti laman pemantau bakat tanah air sekali lagi dipersoalkan apabila seorang ayah pemain muda yang dicanang mempunyai susur galur Malaysia tampil menafikan anaknya berketurunan negara ini.

BACA LAGI: MFL semakin huru-hara, Dr Pekan setuju FAM jaga liga pembangunan

BACA LAGI: Ultras Penang beri teguran ingat asal usul sokong kelab sendiri

Pemain muda berkenaan adalah Bobby Clark iaitu prospek bahagian tengah Liverpool yang membantu The Reds dalam kemenangan 1-0 final Piala Carabao pada Februari lalu ke atas Chelsea di Wembley, England.

Pemain berusia 19 tahun itu bangkit dari bangku simpanan pada minit ke-72 dan dalam penampilan kesembilan seniornya itu, dia membantu The Reds memperoleh trofi pertama kempen 2023/2024 dengan kemenangan ke atas anak buah Mauricio Pochettino.

Nama Bobby meniti di bibir penyokong tanah air selepas laman pencari bakat, frfuturetalents mendakwa dia mempunyai keturunan Malaysia menerusi neneknya di sebelah ibunya yang dikatakan merupakan warga tempatan.

WhatsApp Image 2024-07-08 at 11.27.56

Tangkap layar perbualan ayah Bobby, Lee Clark dengan Palatao Bola.

Dakwaan berkenaan bagaimanapun dinafikan oleh ayah Bobby iaitu Lee Clark selepas laman penyokong Malaysia, Palatao Bola berkongsi perbualan bersama bekas bintang Newcastle United itu.

"Ini semua tidak betul," kata Clark yang menegaskan bahawa anaknya tiada kaitan dengan tanah air dan sekali gus menidakkan bahawa isterinya berketurunan Malaysia.

Rentetan kenyataan daripada bekas pengurus yang pernah melatih pasukan seperti Birmingham Citu dan Al-Ittihad itu, penyokong mendesak untuk laman pemantau bakat berkenaan untuk bertanya kepada ibu Bobby. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram