Import Amerika Latin kurang mengancam, fans Selangor mula rindui kelibat Ayron, Faisal


  • Podium
  • Ahad, 07 Jul 2024

Pemain Selangor FC meraikan kemenangan selepas mara ke separuh akhir Piala FA.

SELANGOR FC mara ke peringkat separuh akhir Piala FA 2024 dengan penuh dramatik apabila menewaskan Kuching City FC 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Sabtu.

Penentuan penalti terpaksa dibuat selepas skuad kendalian Nidzam Jamil mencipta kemenangan 3-2 pada aksi timbal balik suku akhir sekali gus mencatat keputusan agregat seri.

Meskipun berjaya menyingkirkan pasukan yang berpangkalan di Borneo itu, nama penyerang import Gergasi Merah, Ronnie Fernandez mendapat kecaman daripada penyokong The Red Giants.

BACA LAGI: Jumpa JDT di semi Piala FA, Nafuzi dedah Sang Kenari sudah tidak sabar

BACA LAGI: Kim Swee kecewa bahagian penting Sabah FC 'gagal' berfungsi

WhatsApp Image 2024-07-07 at 13.46.00

Ketumpulan Ronnie (kanan) di hadapan pintu gawang undang kecaman penyokong Selangor FC.

Ia berikutan apabila prestasi dalam beberapa perlawanan liga yang ditampilkan oleh Ronnie sebelum ini tampak mengecewakan penyokong Selangor.

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong berasakan kehadiran penyerang import, Ronnie jelas tidak memberansangkan.

Dalam pada itu, nama bekas penyerang berbisa Selangor FC, Ayron del Valle mulai disebut-sebut bagi menggantikan posisi Ronnie.

"Tinggal dua steps saja Selangor perlu ambil untuk kembali power! Pertama, tukar Ronnie secepat mungkin dengan Ayron, kedua, panggil Faisal Halim training secepat mungkin untuk pair dengan Alvin Fortes,"kata Kim Jee Zam.

"Kelemahan masih sama setiap season, bila attack bertubi-tubi, defend Selangor selalu huru-hara, nanti carilah back up pengganti Ronnie, nak score pun susah, nak membantu untuk score pun susah, kalau Ayron dua-dua dia boleh buat," kata Mohd Aizat Mohamadd.

"Nombor 9 tu dah bolehlah kemas-kemaskan baju dan bilik diam hantar semula ke negara asalnya, penat tengok, bola atas, bawah, kanan, kiri semua dah bagi tapi tetap berdiri tegak mahu kayu reput," kata Asri Alex Yusak.

Dengan kemenangan penuh dramatik itu, Gergasi Merah akan bertemu Terengganu FC dalam pusingan seterusnya iaitu separuh akhir Piala FA yang akan berlangsung pada 20 Julai bagi aksi pertama dan 3 Ogos timbal balik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram