‘Kalamullah PJ City is back!’, fans Kedah nampak masa depan lawan JDT


  • Podium
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Kalamullah (kedua dari kiri) menjadi wira buat Sang Kenari selepas menangkis segala asakan Penang FC.

PENYOKONG Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pastinya sangat gembira apabila Sang Kenari berjaya layak ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Penang FC menerusi keputusan agregat 1-0 pada Jumaat (5 Julai).

Meskipun Kedah terikat dengan keputusan 0-0 menentang Penang di gelanggang sendiri, satu jaringan pada perlawanan pertama sudah cukup untuk membawa Sang Kenari ke separuh akhir.

Dalam perlawanan itu, Kedah yang menerima asakan hebat daripada Harimau Kumbang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz sehingga mendapat pujian orang ramai.

BACA LAGI: MFL semakin huru-hara, Dr Pekan setuju FAM jaga liga pembangunan

BACA LAGI: [VIDEO] Sabah restu Ramon minta tamat kontrak, mungkin selangkah ke Lembah Klang?

"Kalamullah memang lain sungguh daripada musim lepas, musim ini memang super perform," kata Kapten Leo.

"Ini barulah Kalamullah yang kita kenal dekat Petaling Jaya City dulu," jelas Hasif Amad.

"Semoga Kalamullah terus konsisten untuk perlawanan seterusnya dan berjaya kekalkan 'clean sheet'," ujar Miza Amani.

Namun begitu, kejayaan Kedah itu bakal menemukan Johor Darul Ta'zim (JDT) di peringkat separuh akhir yang merisaukan penyokong Sang Kenari.

"Lawan JDT nanti dah hancur dah," kata Adam Dayyan.

"Kalah menang lawan JDT tak kisah, kita pun tahu lawan kita kuat. Tapi yang penting kita usaha sampai habis," jelas Nur Syahrieza.

"Kalau macam ini nampak berat nak lawan JDT, jenis 'passing' ke belakang dengan taktikal yang paling hebat," ujar Muhamad Qhatrul.

"Tengah merenung macam mana nanti jumpa JDT," luah Fauzi Po-g.

Kedah akan melayani kunjungan JDT pada 20 Julai di Stadium Darul Aman sebelum Sang Kenari terbang ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor seminggu selepas itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram