PENYERANG sensasi Sabah FC, Ramon Machado sah meninggalkan Sang Badak berkuat kuasa pada Ahad ini.
Berita itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak kelab selepas khabar angin mengenai status pemain itu menjadi bualan ramai.
Pengarah Sabah FC, Md Joh Wid berkata, Ramon telah mengemukakan sebab-sebab tertentu untuk menamatkan kontrak dengan Sang Badak meskipun ia berakhir pada 30 April 2025.
BACA LAGI: Stuart Ramalingam nafi letak jawatan, masih komited sebagai CEO MFL
BACA LAGI: 'Alhamdulillah sudah selesai', bapa reda misteri kehilangan peminat bola sepak terjawab
"Dengan berat hati secara rasminya saya memaklumkan bahawa pemain penyerang Ramon Machado akan menamatkan kontrak bersama Sabah FC.
"Ramon telah menemui saya dan mengemukakan sebab-sebab dia memohon untuk menamatkan kontrak.
"Setelah berbincang dan meneliti dengan mendalam bersama pengurusan tertinggi kelab, maka kami telah bersetuju menerima permohonan tersebut.
"Ini bermakna, kontrak Ramon Machado yang sepatutnya berakhir pada 30 April 2025 akan tamat berkuatkuasa bermula 7 Julai 2024 atas dasar persetujuan bersama," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis (5 Julai).
Bersama Sabah, Ramon telah menjaringkan 17 gol dan empat bantuan gol dalam 24 penampilan.
Sebelum ini, Ramon dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Super iaitu Selangor FC dan Terengganu FC selepas meninggalkan Sabah.
Selain itu, dalam media sosial orang ramai mendakwa isu tunggakan gaji punca utama Ramon meninggalkan Sabah selepas dikhabarkan empat bulan tidak dibayar.
Menjadi persoalan dalam kalangan penyokong Sabah, adakah akan ada pemain lain yang bakal mengikuti jejak langkah Ramon selepas ini?
Untuk rekod, jendela perpindahan kedua Liga Malaysia akan dibuka pada Ogos 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram