Ada dah 'sign' kontrak dengan JDT, Nor Farhan antara 3 pemain pernah 'reject' tawaran Harimau Selatan


  • Podium
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Nor Farhan pernah menolak tawaran JDT sebelum menyertai Terengganu pada 2013.

BAYANGKAN jika anda mendapat tawaran kontrak daripada kelab gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk beraksi bersama Harimau Selatan.

Pastinya anda tidak akan menolak peluang untuk berada dalam kelab yang berkelas dunia itu.

Untuk berada dalam skuad JDT yang dipimpin Tengku Mahkota Johor (TMJ) pastinya menjadi setiap impian pemain bola sepak di negara ini.

BACA LAGI: Stuart Ramalingam nafi letak jawatan, masih komited sebagai CEO MFL

BACA LAGI: [VIDEO] Bagai dapat peluang kedua, karier 2 bekas pemain FC Vion kembali bernyawa musim ini

Namun adakah anda tahu, tidak semua mahu menyertai JDT apabila ada pemain bola sepak tempatan menolak untuk sertai Harimau Selatan.

Majoriti senaraikan tiga pemain tempatan yang pernah menolak tawaran daripada JDT:

1. Muhammad Hadin Azman

Pemain baharu Negeri Sembilan FC, Muhammad Hadin Azman pernah menolak tawaran daripada JDT ketika zaman kegemilangannya bersama Felda United pada 2016.

Ketika itu, Hadin yang cemerlang bersama Felda menolak JDT kerana mahu membalas budi bekas jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim.

Ini kerana, Irfan menawarkan tempat untuk Hadin menyertai Felda selepas dipecat oleh JDT II pada 2015.

"Saya ambil keputusan untuk menolak tawaran ini dan mahu membantu Felda United meraih sekurang-kurangnya satu Piala. Sekian terima kasih", katanya kepada media.

2. Nurridzuan Abu Hassan

TMJ pernah mendedahkan bahawa bekas 'wonderkid' Perak, Nurridzuan Abu Hassan pernah menolak tawaran daripada Harimau Selatan.

"Kalau dia (Nurridzuan) dalam JDT hari ini sudah menang berapa piala dan berapa agaknya duit dalam bank," kata TMJ ketika sesi soal jawab bersama penyokong JDT pada 2022.

Tidak dapat dinafikan Nurridzuan ketika ketika prestasi cemerlangnya merupakan pemain yang mendapat perhatian banyak pasukan.

Nurridzuan bagaimanapun menolak tawaran daripada JDT kerana mahu beraksi dengan kelab pilihannya.

Pemain berasal dari Perak memulakan karier bola sepak bersama skuad Piala Presiden Perak yang mana ketika itu dia berjaya membawa pasukan itu menjuarai Piala Presiden pada 2012.

Kejayaan itu telah membuatkan dia diserap ke skuad utama sehingga hujung musim sebelum menyarung jersi Harimau Muda A selama dua tahun.

Malangnya kecederaan yang menimpa Nurridzuan gagal mengembalikan prestasi terbaiknya sehingga menyebabkan kelibatnya kini tiada dalam saingan Liga Malaysia.

3. Mohd Nor Farhan Muhammad

Sudahpun menandatangani perjanjian untuk bermain bersama JDT pada 2013.

Bekas pemain Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhammad membatalkan hasrat tersebut atas sebab-sebab peribadi dan juga keluarga.

Pada awalnya Nor Farhan merupakan antara barisan pemain yang telah menandatangani perjanjian untuk berkhidmat bersama Harimau Selatan sebelum memilih menyertai Terengganu FC.

JDT melalui satu kenyataan turut mengucapkan selamat maju jaya buat Nor Farhan yang menolak tawaran daripada Harimau Selatan itu.

"Oleh kerana polisi Johor yang hanya fokus kepada para pemain yang benar-benar ingin berbakti kepada pasukan merah biru; dengan ini, Johor ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Nor Farhan dengan pasukan pilihannya," menurut kenyataan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram