Hanya terjual 5,005 tiket, fans Kedah sedih tiada sokongan aura 2007-2008


  • Podium
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Penyokong Kedah yang turun ke Pulau Pinang bagi memberikan sokongan kepada Sang Kenari pada 28 Jun lalu.

DERBI utara pastinya menghangatkan kancah bola sepak Malaysia selepas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sekali lagi akan bertemu Penang FC dalam perlawanan timbal balik Piala FA di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat.

Perlawanan itu menyaksikan skuad Akmal Rizal Ahmad Rakhli mempunyai misi balas dendam selepas ketinggalan dengan agregat 0-1 pada aksi pertama Piala FA.

Manakala Kedah pula pastinya mahu meneruskan perjalanan mereka dalam Piala FA selepas mempunyai kelebihan dengan jaringan satu gol.

BACA LAGI: Ada cara untuk Sabah bangkit, pengalaman Selangor boleh kecewakan Kuching City — Irfan Bakti

BACA LAGI: [VIDEO] Bagai dapat peluang kedua, karier 2 bekas pemain FC Vion kembali bernyawa musim ini

Walaupun perlawanan ini merupakan Derbi Utara sambutan yang diberikan oleh penyokong Kedah tidaklah begitu baik selepas sekitar 5,000 tiket sahaja terjual setakat pukul 3 petang Jumaat.

Disebabkan sambutan yang tidak begitu positif oleh penyokong Sang Kenari, rata-rata mereka meluahkan perasaan kecewa dalam media sosial rasmi pasukan.

Ada juga yang mahukan penyokong memenuhi Stadium Darul Aman agar aura zaman kegemilangan 2007-2008 kembali tersemat dalam hati pemain ke-12.

"Sedihnya penyokong Kedah ini, sampai Tan Sri Daud nak kena merayu suruh datang sokong pasukan," kata Anuar Rasheeq Razali.

“Dulu meriah penyokong Kedah, sekarang sampai kena seru datang stadium. Saya orang Teregganu dulu duduk Kedah zaman 2006-2010 petang sahaja penuh geng motor dari Changlun, Jitra, Kodiang menuju ke Alor Setar nak tengok bola," jelas InfoZon Tgg.

“"Biar bergegar Stadium Darul Aman macam aura 2007-2008," luah Ahmad Bin Abdullah Mat.

Sebelum ini, Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Daud Bakar mengajak penyokong Sang Kenari memenuhkan stadium bagi membantu masalah kewangan pasukan.

Ia selepas Kedah sukar mendapatkan penajaan bagi menampung kewangan Sang Kenari bagi musim 2024-25. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram