PERTUNJUKAN bunga api sempena sambutan Hari Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) bertukar tragedi apabila sejumlah penonton mengalami kecederaan akibat terkena percikan bunga api tersebut.
Dalam sambutan Stadium of Fire yang diadakan di LaVell Edwards Stadium, Utah, AS pertunjukan bunga api pada acara tersebut tidak berfungsi dengan baik sewaktu acara pembukaan.
Menurut pegawai polis di tempat kejadian, insiden tersebut berlaku selepas empat buah jet F-35 melintasi ruang udara stadium tersebut.
Sebaik sahaja, kesemua pesawat itu berlalu, pertunjukan bunga api kemudiannya dimulakan.
BACA LAGI: [VIDEO] Tergamak bakar isteri muda Indonesia hidup-hidup gara-gara cemburu buta
BACA LAGI: [VIDEO] Tiga individu cedera parah terkena letupan lori tangki minyak di Brazil
Bunga api tersebut turut mendarat mengenai kumpulan sorak (cheerleader) semasa kejadian. — Agensi
Namun begitu, bunga api tersebut tidak berfungsi dengan baik dan kemudiannya mendarat ke arah penonton yang hadir. Dalam rakaman yang tular laman X (Twitter), kelihatan jelas ia menuju ke arah penonton di tempat duduk serta pasukan sorak (cheerleader) dekat padang.
Sekurang-kurangnya, sebanyak lima bahan letupan menuju terus ke arah tempat duduk penonton dan itu menyebabkan ramai tercedera.Seorang saksi mengatakan yang ada melihat mangsa terkena tembakan tersebut secara tepat di mukanya.
Hingga kini, masih tiada laporan tepat mengenai jumlah yang tercedera. Namun begitu, terdapat laporan mengatakan seorang mengalami cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Kejadian itu menyebabkan acara itu ditangguh seketika selama 20 minit bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dilakukan oleh pihak penganjur. Selepas itu, acara tersebut diteruskan seperti biasa.
Stadium of Fire merupakan festival muzik tahunan yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan AS. Untuk edisi tahun ini, kumpulan muzik terkenal Jonas Brothers merupakan tarikan utama festival itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram