Terima digelar Lukaku, 'target man' Penang suka kerja dengan 2 jurulatih


  • Podium
  • Rabu, 03 Jul 2024

Saffy Zikry (tengah) sebelum ini beraksi bersama skuad remaja Melaka FC. — Facebook/PenangFC

SEJAK Piala MFL diperkenalkan pada musim lepas, banyak bakat muda dapat diketengahkan dan secara perlahan-lahan kejohanan itu dapat menjadi medan untuk mereka menembusi pasaran Liga Super.

Hasilnya, saingan Piala MFL musim lepas berhasil melahirkan prospek masa depan kebangsaan seperti Safwan Mazlan, Ubaidullah Shamsul, Daryl Sham, Fergus Tierney dan beberapa pemain muda lain.

Kejohanan yang memfokuskan bakat pemain dari lingkungan umur Bawah 23 (B-23) tahun itu musim ini kembali lagi dengan beberapa nama sudah mula menjadi sebutan penyokong dek perwatakan, fizikal dan kecemerlangan atas padang mereka.

BACA LAGI: Sang Kenari umum senjata baharu, fans pula luah kerisauan

BACA LAGI: Habib sebagai jeneral, Faiz Nasir ibarat ada 2 jantung jadi 'game changer' Kedah belasah Penang

Antara yang mendapat perhatian ialah pemain berdarah kacukan Cameroon-Malaysia, Saffy Zikry Ndongo iaitu salah seorang ubi muda pasukan Penang FC II bagi kejohanan Piala MFL musim 2024.

Saffy Zikry mula mendapat perhatian penyokong ketika aksi persahabatan Penang B-23 menentang Kedah Darul Aman FC yang menyaksikan mereka tewas 0-2 dengan gelaran 'Lukaku Malaysia' dek fizikalnya yang mirip dengan penyerang Belgium itu.

Gelaran berkenaan nyata menggembirakan Saffry Zikry namun pada masa sama, penyerang itu akui dia menggalas tugas berat apabila dilabel sebagai Lukaku Malaysia kerana ramai mata memandangnya.

saffy

Aksi Saffy Zikry (berjersi nombor 9) ketika aksi persahabatan menentang KDA FC. — Facebook/KDAFC

"Saya sedar mengenai gelaran itu (Lukaku) kerana saya ada tengok di media sosial. Saya gembira tapi apa-apa pun, saya kena beri yang terbaik kerana tidak nak hampakan rakyat Malaysia.

"Saya rasa penyokong gelar saya seperti Lukaku kerana saya pun main seperti dia iaitu sebagai target man. Saya terima gelaran berkenaan," katanya kepada Majoriti mengenai persamaan dengan penyerang AS Roma itu.

Penyerang muda kelahiran Kuala Lumpur berkenaan difahamkan mempunyai ketinggian 1.92 meter dan fizikalnya itu memberi kelebihan untuk beraksi sebagai penyerang ataupun target man dalam pasukan.

Dalam pada itu, penyerang berkenaan juga sempat kongsikan perasaan gembiranya dapat menyertai Penang kerana dia akui skuad bimbingan Manzoor Azwira adalah pasukan terbaik untuk membentuk pemain muda.

saffy q

Saffy Zikry (kiri) mendapat kepercayaan Manzoor untuk mengetuai jentera serangan Penang B-23. — Facebook/PenangFC

"Coach Manzoor banyak ajar saya dengan dia juga mmeb pemain import yang sama tinggi dengan saya dan ada kebolehan sama. Saya yakin untuk menuntut ilmu bersama coach Manzoor.

"Bagi saya Penang adalah satu tempat yang bagus untuk kembangkan pemain muda lagi-lagi untuk posisi saya. Di Penang kita ada coach Akmal (Akmal Rizal Ahmad Rakhli) iaitu bekas penyerang kebangsaan dan ada coach Manzoor.

"Di Penang juga mempunyai banyak penyerang bagus seperti Alif Ikmalrizal," ujarnya yang gembira berpeluang beraksi dan berguru dengan barisan jurulatih berkualiti seperti Akmal Rizal dan Manzoor.

Kegembiraan mendapat pendedahan bersama Penang itu membuatkan penyerang muda kelahiran Kuala Lumpur berkenaan mahu beraksi bersama Harimau Kumbang bagi saingan Liga Super nanti.

Dengan ketinggian 1.92 meter, fizikal Saffy Zikry memberi kelebihan untuk beraksi sebagai penyerang ataupun target man dalam pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram