Habib sebagai jeneral, Faiz Nasir ibarat ada 2 jantung jadi 'game changer' Kedah belasah Penang


  • Podium
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Habib (kiri) akan diberi tugas sebagai pemain tengah bertahan dalam skuad Hijau Kuning musim ini. — Facebook/KDAFC

KEMPEN pramusim Kedah Darul Aman (KDA) bermula dengan langkah kanan apabila tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Penang FC Bawah-23 (B-23) dengan keputusan 4-0 pada Jumaat di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Perlawanan persahabatan berkenaan disambut baik oleh para penyokong apabila lebih 1,500 orang pemain ke-12 dengan Nafuzi Zain menurunkan beberapa pemain baharu juga menjadi taruhan utamanya.

Antara pemain baharu yang tampil beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang skuad muda Penang ialah Sony Norde, Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali, Habib Haroon, Faiz Nasir dan pemain sayap Uzbekistan, Sukhrob Nurullaev.

Empat jaringan gol yang dicetak skuad Sang Kenari hasil dari sumbangan bek tengah, Akmal Md Zahir pada minit ke-15, Loqman Hakim (58'), Rizal Ghazali (84') dan Syafiq Ahmad mengesahkan pada penghujung babak perlawanan.

Permulaan positif yang ditampilkan gabungan pemain baharu dan lama pasukan Hijau Kuning itu memberi kepuasan serta keyakinan buat penyokong terus memberi sokongan kepada kelab pada musim baharu ini.

BACA LAGI: Sang Kenari umum senjata baharu, fans pula luah kerisauan

faiz

Faiz menyertai Kedah secara pinjaman dari Terengganu. — Facebook/KDAFC

BACA LAGI: Terdesak atau keperluan? Kehadiran Sony Norde bentuk gandingan 'double S'

Persembahan memukau beberapa pemain baharu seperti Habib dan Faiz juga mencuri perhatian penyokong sehingga ada yang melabel mereka sebagai 'game changer' Kedah pada aksi persahabatan itu.

"Semalam (Jumaat) bila separuh masa kedua dengan kemasukan Habib, Sony, Fadzrul (Danel) dan Faiz. Permainan betul-betul berubah. Permainan jadi laju, suka tengok mentaliti Habib yang selalu arahkan kawan-kawan. Memang dah macam jeneral atas padang.

"Faiz pula macam ada dua jantung. Bantu bahagian atas, bantu bahagian serangan. Dia ada dekat pertahanan bantu pertahanan, harap bila makin serasi akan bertambah baik permainan Kedah," kata penyokong Kedah, Master Azrul.

Selepas beraksi bersama Terengganu selama tiga musim dengan mencatatkan tiga gol dan lima bantuan jaringan, Faiz akhirnya memilih Kedah sebagai destinasi untuk mengembangkan kariernya.

Manakala, Faiz pula seorang penyerang sayap berpengalaman yang dipercayai mempunyai keupayaan menyambar peluang di depan gawang lawan untuk menjadi mesin pencetak gol skuad Hijau Kuning. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram