Jadi tumpuan Euro 2024, penyerang Hungary tandingan Syihan kini tinggalkan kelab Korea


  • Podium
  • Selasa, 02 Jul 2024

Antara aksi Martin ketika menentang Switzerland baru-baru ini. — Instagram/MartinAdam

NAMA penyerang Hungary, Martin Adam mencuri tumpuan penyokong bola sepak apabila kontraknya bersama pasukan Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC ditamatkan.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh Korea Football News di laman X, Ulsan mengambil keputusan berkenaan selepas mendapatkan pengganti baharu iaitu Yago Cariello dari Gangwon FC.

Nama Adam bukanlah asing dalam kalangan peminat bola sepak Korea kerana menjadi tonggak utama Ulsan sejak musim 2022.

BACA LAGI: 'Siapa cepat dia dapat', 3 kelab 'tumpul' boleh sambar Lucas Silva bulan depan

BACA LAGI: [VIDEO] Coach dedah 'Messi Kampar' pernah sertai Anak Rimau, main bola sampai wakili Perak

Martinn

Martin Adam mencatatkan hatrik pada perlawanan menentang BG Pathum United. — Facebook/Ulsan Hyundai

Dalam tempoh tersebut, penyerang berketinggian 1.91 meter itu merekodkan 67 penampilan, 24 gol dan sembilan bantuan gol untuk kelab berkenaan.

Adam membantu Ulsan bergelar juara Liga Korea sebanyak dua kali iaitu musim 2022 dan 2023.

Musim 2024 menyaksikan penyerang berusia 29 tahun itu merekodkan 10 penampilan, tiga gol dan satu bantuan gol.

Dalam pada itu, Martin juga mempunyai satu momen yang masih diingati oleh penyokong domestik apabila percubaannya pernah dinafikan Syihan Hazmi dalam aksi Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika dia mewakili Ulsan Hyundai bagi saingan kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023.

Aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu menyaksikan Harimau Selatan meraih kemenangan dengan keputusan 2-1 ke atas Ulsan Hyundai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram