PENYOKONG England di seluruh dunia pastinya menarik nafas lega selepas jaringan bintang The Three Lions, Jude Bellingham memastikan skuad bimbingan Gareth Southgate mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Euro 2024 awal pagi Isnin (1 Julai).
Dua gol masing-masing menerusi Jude Bellingham dan ketua pasukan, Harry Kane menyelamatkan England yang pada awalnya ketinggalan sepanjang aksi.
Dalam aksi itu, pemain Slovakia, Ivan Schranz terlebih dahulu mendiamkan penyokong England apabila memanfaatkan peluang terbuka pada minit ke-25 dengan menolak bola mudah ke dalam gawang The Three Lions untuk mendahului 1-0.
BACA LAGI: Penyokong sindir TFC pulang duit RM1.5 juta 'scammer' tapi penaja utama masih berdiam diri
BACA LAGI: [VIDEO] Pemain badminton China rebah, meninggal dunia ketika tunggu servis lawan
Anak buah Southgate cuba bangkit namun ketumpulan jentera hadapan sedikit mengecewakan, ditambah corak bertahan dipamerkan Slovakia menyukarkan lagi pergerakan pemain England.
Ketika England di ambang penyingkiran, Slovakia yang menduduki ranking ke-45 dunia itu akhirnya dibolosi pada masa kecederaan hasil penyudah menarik yang dijaringkan oleh Bellingham untuk mengheret aksi ke masa tambahan.
Tuah terus memihak England pada masa tambahan apabila hanya memerlukan satu minit untuk menjaringkan gol kemenangan hasil tandukan Kane selepas menerima hantaran pemain gentian, Ivan Toney.
Mujur jaringan cantik Bellingham yang melakukan sepakan gunting dalam masa kecederaan babak kedua membangkit semangat pemain dan penyokong England.
Absolute scenes in this pub when England scored the 95th minute equaliser tonight...
Love it! pic.twitter.com/Ca1zjbbqTS
— Football Away Days (@FBAwayDays) June 30, 2024
Ia dibuktikan dengan satu rakaman kamera litar tertutup di sebuah bar apabila sekumpulan penyokong meraikan kemenangan itu dengan penuh gembira sambil berpelukan.
Malah meja snuker yang berada di bar tersebut telah dipanjat oleh beberapa penyokong sambil meraikan kemenangan England itu.
Dalam kegembiraan mereka bersorak seluar salah seorang daripada kumpulan itu terlondeh tanpa disedari kerana terlalu bergembira meraikan kemenangan minit-minit akhir itu.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dengan England akan menentang Switzerland di peringkat suku akhir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram