Orang kuat TFC hormati kontrak, enggan rumitkan kontroversi tajaan kelab


  • Podium
  • Selasa, 02 Jul 2024

Pendedahan daripada media sosial mengatakan skuad Sang Penyu masih belum menerima dana daripada penaja utama mereka. — Facebook/Terengganu FC

KETUA Pegawai Eksklusif (CEO) Terengganu FC, Mohd Sabri Abas enggan merumitkan keadaan melibatkan isu penajaan kelab itu dengan penaja utama, Vearich International yang menggunakan logo Agarbomb Performance.

Menurutnya, kontrak antara kelab Pantai Timur berkenaan dengan syarikat tempatan tersebut masih perlu dihormati, sekali gus membuatkannya tidak dapat memberikan komen lanjut.

"Maaf, saya tidak boleh ulas lanjut kerana kami (Terengganu FC) kerana kami masih memiliki kontrak dengan mereka. Jadi, saya mahu menghormatinya dan enggan mengeruhkan lagi keadaan," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Masalah dalaman punca Sabah FC terduduk di Terengganu?

BACA LAGI: Misi 35K jadi senjata Sabah FC pamer kebangkitan lepas dimalukan Sang Penyu

347585990_254330657308376_6450288998116248280_n

Sabri enggan mengeruhkan keadaan antara pihaknya dan penaja kelab itu. Facebook/Terengganu FC

Sabri yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu FC dilantik sebagai CEO pasukan bagi menggantikan Ab Rasid Jusoh pada Oktober 2023.

Baru-baru ini, terdapat khabar angin mengatakan syarikat berkenaan tidak membayar wang tajaan seperti mana dipersetujui kedua-dua pihak pada permulaan musim lalu.

Perkara itu pada awalnya didedahkan laman Facebook We Bleed Black & White bahawa penaja itu masih belum memberi sebarang dana dipersetujui walaupun nama syarikat itu sudah terpampang di jersi.

Tetapi, dana yang dipersetujui kedua-dua pihak masih belum didedahkan dengan orang ramai berasakan dana bernilai jutaan ringgit sepatutnya diterima Terengganu FC.

Situasi berkenaan menyaksikan pelbagai pihak terutamanya penyokong yang mendesak pengurusan skuad Sang Penyu dan Vearich International memberikan kenyataan berhubung perkara tersebut.

Namun, masalah itu masih tidak memberikan sebarang isu terhadap struktur kewangan kelab memandangkan mereka masih memiliki dana daripada kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan lain-lain sumber. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram