'Reserve' JDT longlai aksi lawan TFC, Akhyar dan Pawi berpotensi dipanggil awal balik Selatan


  • Podium
  • Ahad, 30 Jun 2024

Duo serangan Harimau Selatan itu dipinjamkan ke TFC selama setahun bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2024-2025 ini. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) membawa bekalan selesa ke pusingan kedua suku akhir Piala FA 2024 selepas menewaskan Malaysian University FT (MUN) dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Jika dilihat perlawanan berkenaan, kemenangan Harimau Selatan diperoleh pada separuh masa kedua apabila Hector Bidoglio membuat perubahan dengan memasukkan dua pemain iaitu Romel Morales dan Francisco Geraldes.

Kemasukan dua pemain berkenaan adalah untuk bagi menggantikan Ramadhan Saifullah dan tonggak naturalisasi, Mohamadou Sumareh yang dilihat kurang berkesan dalam menghidupkan bahagian serangan di separuh masa pertama.

BACA LAGI: VAR kecewakan team universiti dapat gol saguhati lepas dibelasah JDT

BACA LAGI: Piala FA: Kelibat Jalil Elias di latihan bukti masih bersama JDT, sedia ranap budak universiti

Percaturan pengendali Argentina berkenaan membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain mereka mencatat nama sebagai penjaring dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA itu.

Kemenangan JDT diraih menerusi jaringan gol dari Corbin Ong pada separuh masa pertama, Francisco Geraldes (minit-48, 61), Shahrul Saad (minit-70) dan Romel Morales pada minit ke-80.

Persembahan tidak menyerlah daripada Sumareh dan Ramadhan itu membuatkan ada penyokong berpendapat bahawa Safawi Rasid serta Akhyar Rashid berkemungkinan akan dipanggil semula secepatnya bagi menyelamatkan masalah skuad depth JDT.

Ketika ini, duo Harimau Selatan itu sedang menikmati kempen cemerlang bersama Terengganu FC (TFC) dengan baru-baru ini mereka mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Sabah bagi saingan suku akhir Piala FA.

SUMAREHHH

Sumareh gagal membalas kepercayaan Bidoglio menurunkan dia sebagai kesebelasan utama aksi menentang MUN. — Facebook/MFL

Akhyar dan Safawi juga dilihat semakin menemui prestasi terbaik mereka apabila sering mendapat minit permainan di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner sejak musim Liga Malaysia (Liga M) bermula pada Mei lalu.

Tedahulu, duo serangan Harimau Selatan itu dipinjamkan ke pasukan Pantai Timur berkenaan selama setahun bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2024-2025 ini.

Oleh itu, jangan terkejut jika tempoh pinjaman mereka akan berakhir pada jendela perpindahan kedua Ogos ini bagi menyelamatkan situasi genting bahagian serangan Harimau Selatan.

Situasi dipanggil awal daripada perjanjian setahun pernah berlaku kepada Syafiq Ahmad apabila penyerang itu dipanggil semula oleh JDT pada pertengahan musim 2022 selepas hanya sempat beraksi enam bulan bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram