Masalah dalaman punca Sabah FC terduduk di Terengganu?


  • Podium
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Sebahagian aksi antara pertembungan menarik antara Sabah FC dan Terengganu FC.

TERENGGANU FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas berjaya membawa bekalan yang cukup selesa apabila meraih kemenangan 4-0 ke atas Sabah FC dalam perlawanan aksi pertama suku akhir Piala FA 2024 yang berlangsung pada Jumaat.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mendapatkan kelebihan di babak pertama.

Meskipun Sang Badak bermula dengan agresif namun anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee itu dilihat bergelut untuk mendapatkan jaringan.

BACA LAGI: Konflik hukuman Selangor perlu dihentikan, tidak bagus untuk bola sepak negara — Pakar

BACA LAGI: [VIDEO] 'Messi' Malaysia dikesan di Kampar

WhatsApp Image 2024-06-28 at 22.59.07

Sabah FC gagal membawa bekalan selesa ke Stadium Likas selepas tewas 4-0 di laman lawan. Facebook/Sabahfc

Terengganu yang menerima suntikan semangat daripada ribuan penyokong Sang Penyu akhirnya berjaya merobek pintu gawang Sabah menerusi Manuel Ott seawal minit kesembilan.

Masih mahu memberi tekanan kepada Sang Badak, Ismaheel Akinade berjaya menambah duka The Rhinos apabila menyumbat masuk gol kedua buat Sang Penyu.

Begitupun, anak-anak buah Tomislav Steinbruckner yang enggan berasa puas bagaimanapun berjaya menambah jaringan menerusi Marin Pilj sebelum Ismaheel Akinade menambah derita skuad Sang Badak dengan jaringan keempat bagi menutup separuh masa pertama dengan kedudukan 4-0.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Kim Swee dilihat bertungkus lumus dalam mendapatkan mencari jaringan namun berjaya dipatahkan oleh skuad Sang Penyu.

Meskipun membawa masuk beberapa wajah baharu seperti Miguel Cifuentes dan Jafri Chew namun ketajaman The Rhinos di depan pintu gol nampaknya masih tumpul.

Terengganu yang mahu menambah jaringan pada babak kedua aksi itu nampaknya terpaksa berpuas hati dengan keputusan 4-0 di laman sendiri.

Susulan kekalahan tersebut, rata-rata penyokong The Rhinos berasakan Sabah kini masih dihantui oleh masalah dalaman.

"Permainan dan kesungguhan pemain Sabah tidak seperti biasa, nampaknya memang ada masalah dalaman yang berat," kata Jamain Bakut.

"Ada masalah dalaman ni gayanya, berat sungguh dugaan Sabah FC," kata Adryan Patchi.

"Ni semua mesti sebab empat bulan tak dapat gaji, sebab tu main pun macam tiada semangat," kata John Carlos.

Selepas ini, Sang Penyu akan berkunjung ke Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah bagi perlawanan timbal balik pada Sabtu (6 Julai). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram