The Real Tokong bersuara MFL buat U-turn tanpa surat rayuan Selangor


  • Podium
  • Khamis, 27 Jun 2024

TMJ turut mendedahkan JDT telah didenda sejak 2013 dan Tuanku Sultan Johor tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hukuman yang dikenakan itu.

"SELEPAS ini yang mana kelab tidak membayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang-undang liga, suruh Sultan tulis surat murka sahaja senang."

Itulah pandangan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan isu yang membabitkan hukuman Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terhadap Selangor FC.

TMJ turut mendedahkan JDT telah didenda sejak 2013 dan Tuanku Sultan Johor tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hukuman yang dikenakan itu.

BACA LAGI: CEO Selangor jawab sebab Gergasi Merah tiada stadium, tak agresif berdialog terbuka

BACA LAGI: Sultan Selangor murka keputusan MFL, Shahril Mokhtar letak jawatan dalam FAM

Pandangan itu dilontarkan menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis. Komen itu turut dikongsikan di laman rasmi Johor Southern Tigers.

"Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat.

"Selepas ini Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tidak boleh?

"JDT daripada 2013 kena denda beratus ribu, saya kena ‘banned’ enam bulan, tidak ada pun Tuanku Sultan Johor keluarkan surat atau buat kenyataan.

"Siap mengungkit beri pingat Datuk. MFL buat ‘U-turn’ tanpa surat rayuan, yang memekak hentam MFL baik puji MFL sekarang.

"Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda tokong sebenar bola sepak Malaysia," katanya.

WhatsApp Image 2024-06-27 at 11.18.56 PM

Pandangan yang dimuat naik TMJ dalam Instagram.

Sebelum ini, MFL telah mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadap Selangor FC susulan ketidakhadiran pasukan itu ke Perlawanan Sumbangsih pada 10 Mei lepas.

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, pertimbangan terhadap keputusan itu dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Justeru, Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan untuk mengurangkan denda kepada The Red Giants daripada RM100,000 kepada RM60,000.

Begitu pun, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.

Jelasnya, MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.

Selain itu, pemotongan tiga mata yang dikenakan sebelum ini juga dibatalkan.

Larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga dibatalkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram