TINDAKAN sekumpulan individu melepaskan ikan ke dalam sungai dalam satu majlis pelepsan ikan pada Khamis mendapatkan kecaman ramai.
Ini kerana ada beberapa spesies ikan yang dilepaskan itu dipercayai boleh menjejaskan ekosistem perairan negara.
Berdasarkan perkongsian laman Facebook Jorankl, aktiviti pelepasan ikan itu dibuat di Tasik Biru Kundang, Selangor.
BACA LAGI: Pesawat ringan mendarat cemas di Pelabuhan Klang ada masalah enjin, 2 juruterbang selamat
BACA LAGI: Gagal elak lori terbabas, wanita alami keguguran dalam nahas 3 kenderaan di JB
"Alhamdulillah ikan telah pun dilepaskan petang tadi (Khamis) oleh Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan JKP (Jawatankuasa Penduduk) Zon 19, Saharudin Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Selayang, Noraswalziha Ibrahim.
"Hampir 400 kilogram (kg) spesies patin pelbagai saiz antara satu hingga lima kilogram untuk pertandingan memancing Sabtu ini," katanya.
Menerusi gambar yang dikongsikan, ada netizen yang dapat mengenal pasti salah satu spesies patin yang dilepaskan adalah daripada jenis Giant pangasius (Patin Chaophraya).
Patin Chaophraya dipercayai merupakan ancaman baharu kepada ekosistem tempatan kerana bersifat pelahap dan bersaiz 'monster' (raksasa).
Ikan itu dipercayai mampu membesar sehingga ratusan kilogram dan akan menambah lagi tekanan di kawasan tasik dan lombong di negara ini.
"Itu ikan patin Chaophraya. Memang jahanam la ekosistem tasik," komen Lan Kicap.
"Penat saya dan team Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya buat 'awareness' tiap minggu turun ke sungai pulihkan ekosistem, keluarkan ikan asing, alih-alih datang orang bijak-bijak kaya-kaya ini, lepaskan ikan besar predator, habis musnahla ekosistem, saya sungguh kecewa," luah Tok Tuah Channel Haziq.
"Buatlah 'research' sikit jangan malas. Chaophraya (ikan patin) itu dah cukup banyak dalam sungai dan tasik kita akibat terlepas daripada Kolam Pancing. Ini tambah lagi, disebabkan buat kerja tanpa fikir, akibatnya anak cucu tak jumpa dah ikan ikan tempatan," ujar Zapa Abdul Rahim.
"Pihak penganjur, tolonglah cakna, penat orang macam Jejak Air Tawar Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya River Monster Hunter dan ramai lagi bekerjasama dengan Jabatan Perikanan Malaysia berkempen untuk mencegah dan mengurangkan populasi ikan pendatang dekat perairan kita.
"Majlis Perbandaran Selayang pun satu hal juga, kalau ikut apa yang Jabatan Perikanan cakap dalam podcast Gewang tempoh hari, melepaskan ikan pendatang macam ini boleh dikenakan denda," jelas Dzul.FishingWriter.
Laporan media sebelum ini menyatakan patin Chaophraya juga dikenali high-fin giant catfish yang berasal dari Lembangan Mekong, Thailand sudah terlepas di beberapa batang sungai seperti Sungai Kinta dan Sungai Perak di Perak; Sungai Selangor di Selangor dan Sungai Pahang di Pahang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram