[VIDEO] Polis kejar, gari lelaki bertopeng lepas panjat bumbung stadium ketika aksi Jerman-Denmark


  • Podium
  • Ahad, 30 Jun 2024

Tangkap layar video lelaki bertopeng itu berjalan berjalan ke sudut bumbung stadium.

POLIS terpaksa campur tangan selepas wisel penamat apabila Jerman menang 2-0 menentang Denmark apabila seorang lelaki bertopeng naik ke bumbung di BVB Stadion Dortmund, Berlin, Jerman pada Ahad.

Ketika kejadian berkenaan berlaku, peminat difahamkan masih berada di stadium selepas tamat perlawanan dan orang ramai dikejutkan dengan tindakan anggota polis yang cuba membawa individu berkenaan untuk turun dari bumbung stadium itu.

Rakaman yang dirakam oleh Mail Sport menunjukkan lelaki itu berjalan di sepanjang besi rangka bumbung berkenaan dengan ramai daripada penyokong menjerit dan memujuk agar lelaki itu turun.

BACA LAGI: Bawa vibe Paolo Maldini di Euro 2024, bek Itali diburu 5 kelab gergasi

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara bosan layan aksi England, penyokong campak cawan ke arah Southgate

Lelaki yang menutup mukanya itu untuk berjalan ke sudut bumbung stadium ketika polis berusaha mengejarnya sambil pihak berkuasa turut mengeluarkan pistol sebelum individu berkenaan menyerah diri.

Dia kemudiannya digari dan topeng pada mukanya ditanggalkan ketika peminat sudah dipindahkan dari stadium sejurus selepas kejadian itu.

Walaupun motif lelaki itu belum diketahui namun tindakan beraninya memanjat ke bahagian bumbung stadium pastinya menimbulkan kebimbangan keselamatan dalam Euro 2024 yang masih berlangsung.

Minggu lalu, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengeluarkan kenyataan yang mengatakan keselamatan di stadium akan diperketatkan ekoran beberapa pencerobohan padang yang telah menjejaskan kejohanan itu termasuk enam kes ketika Portugal menewaskan Turki 3-0.

Walaupun diwarnai dengan insiden pencerobohan dari individu tidak dikenali namun stadium masih dipenuhi dengan sokongan gembira apabila Jerman berhasil lolos ke pusingan suku akhir Jerman.

Skuad kendalian Julian Nagelsmann layak ke pusingan selepas menewaskan Denmark 2-0 menerusi sepakan penalti Kai Havert dan ketenangan Jamal Musiala dengan larian pantas memberikan skuad Die Mannschaft kelebihan dua gol. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram