'Background' Messi Kampar akhirnya terbongkar, netizen pantas buat kerja


  • Podium
  • Sabtu, 29 Jun 2024

Tular satu rakaman memaparkan pemain berkenaan berjaya menggelecek lawannya dalam aksi di Kampar, Perak baru-baru ini.

BARU-BARU ini, tular satu klip memaparkan kebolehan seorang pemain muda yang memiliki kebolehan untuk menggelecek lawan meskipun tubuh fizikalnya jauh lebih kecil berbanding lawannya.

Dia yang difahamkan beraksi dalam kejohanan Bawah 12 Tahun (B-12) antara sekolah agama di Kampar, Perak menjadi bahan bualan orang ramai.

Malah, ada pula yang mula melabel 'ubi muda' cilik itu sebagai 'Messi Malaysia' kerana dia mempunyai potensi untuk bergelar seorang pemain berkualiti pada masa akan datang.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Messi' Malaysia dikesan di Kampar

BACA LAGI: 'Rembau most wanted', bintang Arsenal tak pasti boleh beraksi bersama Harimau Malaya atau Jamaica

Bagaimanapun, bakatnya sudah lama dihidu kenalan rapatnya kerana pemain yang nama sebenarnya Muhammad Khalish Daniel Mohd Asrol itu pernah beraksi di peringkat lebih tinggi bagi usianya.

Dalam satu komen yang ditinggalkan pengguna TikTok SyuhailaCheSa, dia berkongsi bahawa pemain itu pernah beraksi di luar negara sebelum ini.

"Tahniah adik Khalish, balik dari Jepun terus sambung untuk bermain bola sepak untuk Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI)," katanya.

Malah, maklumat lebih lanjut yang ditemui di aplikasi tersebut mendapati pemain berkenaan sudah mewakili sebuah kelab di peringkat usia Bawah 8 Tahun (B-8), Mofiro FC yang beraksi dalam Liga Remaja La Liga 2024.

Perkara itu dikongsikan pengguna TikTok lain, coach_mofiro yang difahamkan salah seorang jurulatih terlibat secara dekat dengan pemain berkenaan.

Bakat yang dipamerkan Khalish pada usia awal itu sudah tentu menjadi perhatian pasukan tanah air lain yang tidak mahu terlepas peluang mendapatkan peluangnya.

Meskipun masih terlalu muda untuk memikirkan prospek beraksi dalam Liga Super, pendedahan awal boleh memberikan kelebihan buat pemain itu untuk terus berkembang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram